Saturday, 30 October 2021

ASK T3 : Penggunaan Pernyataan SQL

NOTA
4.1.7 Penggunaan Pernyataan SQL
  1. Arahan SQL digunakan untuk mencapai data yang disimpan dalam pangkalan data.
  2. SQL ada sintaks tertentu yang perlu dipatuhi.
  3. Sintaks - set peraturan yang menetapkan set perintah yang digunakan dan cara-cara menulis perintah dalam bentuk ayat agar boleh difahami dan dilaksanakan oleh perisian pangkalan data (DBMS).
Pernyataan SQL
Sintaks Umum
SELECT
  • SELECT membenarkan anda memilih medan-medan @ atribut-atribut dari pangkalan data
  • FROM untuk memilih entiti@jadual bagi medan-medan@atribut-atribut dalam pernyataan SELECT
SELECT atribut1,  atribut2, ......., atribut-N
FROM nama_jadual;
SELECT.....FROM
  • akan memulangkan nilai bagi medan@atribut yang dipilih dari entiti/ jadual yang ditetapkan
SELECT ID_Pekerja, Nama, Jantina 
FROM PEKERJA;
SELECT * FROM
  • akan mencapai data bagi semua medan @ atribut dari entiti @ jadual yang dipilih.
SELECT *
FROM PEKERJA;
SELECT.....FROM....WHERE
  • akan mencapai medan-medan @ atribut-atribut tertentu berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Data yang dicapai menggunakan pernyataan WHERE adalah lebih khusus (kerana ada syarat)
SELECT atribut1, atribut2, .... atribut-N
FROM nama_jadual
WHERE kriteria@syarat;

Contoh:

SELECT ID_Buku. Tajuk, Pengarang, Penerbit
FROM BUKU
WHERE Penerbit="DBP";
SELECT.....ORDER BY
  • membolehkan anda mengisih data yang dicapai mengikut susunan ASC (menaik A-Z) atau susunan DESC (menurun Z-A) berdasarkan satu atau lebih medan isihan.
SELECT atribut1, atribut2, ... atribut-N
FROM nama_jadual
WHERE kriteria @ syarat
ORDER BY atribut ASC/DESC;

SELECT ID_Pesakit, Nama_Pesakit, Wad

FROM PESAKIT
WHERE Jantina="Lelaki"
ORDER BY Nama_Pesakit ASC;


Nota tambahan:
  1. Arahan/Pernyataan SQL adalah case insensitive, maka boleh ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil, maka SELECT = select = Select =  SeLEcT
  2. Baris akhir sintaks SQL tidak semestinya berakhir dengan simbol semikolon (;) tetapi ianya merupakan amalan pengaturcaraan yang baik untuk dipraktikkan.
  3. Penulisan kriteria @ syarat selepas pernyataan WHERE perlu menggunakan simbol pembuka dan penutup kata ("   ").  Jika tidak, akan berlaku ralat sintaks.




1 comments:

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design