Thursday 14 May 2020

SK T4 : BAB 1 : NOTA 1.6.1 STRUKTUR TATASUSUNAN (ARRAY) SATU DIMENSI

Rujukan dari buku teks SK T4 di mukasurat 130

Bab 1: PENGATURCARAAN
Standard Kandungan : STRUKTUR DATA DAN MODULAR
1.6.1 STRUKTUR TATASUSUNAN (ARRAY) SATU DIMENSI

Definisi:
TATASUSUNAN :  pembolehubah yang  terdiri daripada koleksi beberapa nilai (elemen) dari jenis data yang sama dan disimpan  dalam ruang memori berindeks.
* yang berwarna pink adalah keyword yang perlu dihafal.


Rujuk penerangan dari Youtube berikut:




https://www.youtube.com/watch?v=AF8oZOHFJyc
Learn Java Programming - Single Dimensional Array Tutorial
By Daniel Ross


https://www.youtube.com/watch?v=L06uGnF4IpY
Java Programming Tutorial - 27 - Introduction to Arrays
By thenewboston


https://www.youtube.com/watch?v=kWJHzambtNo
Single-Dimensional Arrays in Java (Part 1)
By Neso Academy


https://www.youtube.com/watch?v=UefOKqFA__M
Creating one-dimensional arrays in Java

By Dave Crabbe

Berikut adalah bahan dari buku teks Sains Komputer Tingkatan 4.. Saya lampirkan di sini untuk memudahkan rujukan.











SK T4 : BAB 1

#Nota rujukan dari internet..Terima kasih kepada pemilik yang berkongsi nota ini.
Ref: https://www.scribd.com/document/337923466/Sains-Komputer-T4-Pemboleh-Ubah-Pemalar-Dan-Jenis-Data#



1.3 PEMBOLEH UBAH, PEMALAR, JENIS DATA DAN OPERATOR

1.3.1      Jenis Data
Dalam pengaturcaraan berasaskan objek seperti Java, terdapat dua jenis data :
    data jenis primitif
    data jenis bukan primitif


DATA JENIS PRIMITIF
Java boleh menyokong beberapa jenis data primitif. Jenis data primitif adalah data yang telah ditakrifkan dalam suatu bahasa pengaturcaraan dan dinamakan sebagai kata simpanan.


1.    Integer (int) – nombor bulat tanpa perpuluhan:
    Jenis data int menggunakan 4 bait ingatan
    Nilai minimumnya ialah - 2,147,483,648
    Nilai maksimumnya ialah 2,147,483,647
    Lazimnya int digunakan sebagai jenis data lalai.(default value).
    Nilai lalai ialah 0.
Contoh 1:
                     int markah;
     Contoh 2:
                     int bilMurid = 50;
                     int suhu = - 5;



2.    Doublenombor perpuluhan:
    Jenis data double menggunakan 8 bait ingatan.
    Nilai lalai ialah 0.0
Contoh 1:
                double berat;
Contoh 2:
               double berat = 54.5;


3.    Boolean – nilai true dan false.
    Jenis data boolean ialah satu bit.
    Jenis data ini digunakan sebagai flag untuk mengesan syarat benar/palsu.
    Nilai lalai ialah false.
     Contoh 1:
                    boolean statusPerkahwinan;
     Contoh 2:
                    boolean statusPerkahwinan = true;




4.    Character (char) – aksara:
    Jenis data char menggunakan 2 bait ingatan.
     Contoh 1:
                    char abjad;
     Contoh 2:
                   char abjad = 'F' ;


DATA JENIS BUKAN PRIMITIF
1. String   mewakili gabungan aksara.
Contoh 1:
                     String nama;    // tidak diterima oleh compiler
     sepatutnya
                     String nama = “ “; //perlu diletakkan nilai awalan

    Contoh 2 :
                     String nama = “Fairy”;



1.3.2    Pemboleh ubah
Nilai pembolehubah berubah-ubah sepanjang pelaksanaan atur cara. Mengikut amalan pengaturcaraan yang baik pembolehubah bermula dengan huruf kecil dan jika terdapat dua perkataan atau lebih awalan perkataan seterusnya menggunakan huruf besar. (Camel Case)

Contoh Pengisytiharan Pembolehubah:

int panjang,lebar,luas;    
double gajiBapa;   
char aks = 'a'; 
boolean sudahBayarYuran;




1.3.3      Pemalar
Nilai pemalar adalah kekal sepanjang pelaksanaan atur cara.  Pemalar digunakan untuk nilai yang sama digunakan berulang kali dalam satu pengaturcaraan. Pemalar diisytiharkan menggunakan arahan final. Setelah diisytiharkan, nilai final tidak boleh diubah lagi. Mengikut amalan pengaturcaraan yang baik pemalar menggunakan semua huruf besar.
Contoh:
          final double PI = 3.1415;
          final int SAIZ = 100;
          final int DISKAUN = 10;





1.3.4   Operator
Operator digunakan untuk memanipulasikan pemboleh ubah. Operator dalam bahasa Java:
Operator Aritmetik
Operator Perbandingan
Operator Logikal
Operator Umpukan

Operator Aritmetik
Operator aritmetik digunakan dalam ungkapan matematik seperti dalam algebra. Anggap pemboleh ubah integer A menyimpan nilai 10 dan pemboleh ubah B menyimpan nilai 20. 
Operator Aritmetik
Ungkapan aritmetik
Nilai
Nama
Simbol
Tambah
+
A + B
30
Tolak
-
A - B
-10
Darab
*
A * B
200
Bahagi
/
B / A
2
Modulus
%
B % A
0
Tokok (Increment)
++
B++
21
Susut (Decrement)
--
B--
19



Operator Umpukan (Assignment Operator)
Operator umpukan yang disokong oleh bahasa Java adalah seperti berikut:
Operator Umpukan
Ungkapan
Huraian
Nama
Simbol
simple
=
 C = A + B
A + B → C
tambah DAN
+=
C += A
C + A → C
Tolak DAN
-=
C -= A
C - A → C
Darab DAN
*=
C *= A
C * A → C
Bahagi DAN
/=
C /= A
C / A → C
Modulus DAN
%=
C %= A
C % A → C

Pernyataan Umpukan Dan Pernyataan Aritmetik
Dalam pernyataan umpukan, ungkapan wujud di sebelah kanan simbol umpukan.  Formatnya ialah:
                        <pemboleh ubah>  = <ungkapan>;
Contoh pernyataan umpukan:
luas = 3.142 * jejari ^ 2;
gajiBersih = gajiKasar + gajiLebihMasa – potongan;
purata = (nombor1 + nombor2 + nombor3) / 3;
baki = nombor1 % 6;



INPUT DAN OUTPUT
Input dan output boleh dilakukan melalui beberapa peranti input dan output.  Dua aliran objek standard tersebut ialah:
    i.   System.in  //Membolehkan atur cara menerima input dari papan kekunci.
    ii.   System.out  //Membolehkan atur cara memaparkan output ke skrin.
Class system boleh digunakan tanpa menggunakan kenyataan import kerana Class ini merupakan class asas dan telah diimport secara automatik setiap kali memulakan program Java.

Untuk memasukkan input daripada papan kekunci kita perlu menggunakan class Scanner. Untuk membolehkan class Scanner digunakan kenyataan import perlu digunakan.
Contoh:
import java.util.Scanner;

public class PaparNama {
            public static void main (String[ ] args) {
            Scanner input = new Scanner(System.in);

            System.out.println(“Masukkan nama anda:”);
            String nama = input.nextLine();

            System.out.println(“Nama anda ialah :”+nama);
}
}
Jenis Data
Contoh
Integer
int bilPelajar = input.nextInt();
Double
double yuranPibg = input.nextDouble();
String – terima satu perkataan
String nama = input.next()
String – terima satu baris perkataan
String nama = input.nextLine()

System dan Scanner merupakan dua contoh Class. Class tersebut mengandungi fungsi (method) asas iaitu menerima input dan memaparkan output. Contoh fungsi (method) ialah println(),nextInt(),nextDouble() dan banyak lagi.

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design