Wednesday 31 July 2019

DEAR MR KILMER : SETTING



ENGLISH LITERATURE  FORM 5

ASK T2 : PROJEK ASK AKHIR TAHUN TING. 2 2018

Berikut adalah contoh soalan projek akhir tahun ASK 2018 yang saya berikan kepada murid-murid ASK Tingkatan 2 sebagai tugasan projek akhir tahun yang membawa 10 markah. Ini sebagai persediaan untuk mereka melaksanakan kerja projek tingkatan 3 pada tahun berikutnya.

Murid-murid diminta membangunkan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python.

Terdapat 7 koleksi soalan yang sempat difikirkan.

Animated Python Logo Image courtesy of : https://giphy.com/explore/programming-language




ASK T3 : BAB 4 :NOTA 4.1PANGKALAN DATA DAN SQL

Nota (buku teks ms 114)
4.1.1 PANGKALAN DATA DAN SQL

1. DATA – fakta mentah yang belum diproses dan tidak memberi nilai/tidak bermakna  kepada pengguna.

2. Data penting untuk:
·      membuat keputusan.
·      Menyelesaikan masalah


3. MAKLUMAT – data yang telah diproses dan lebih bermakna kepada pengguna.

4. Maklumat terhasil daripada pengumpulan, pemprosesan  dan penganalisisan data yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.


5. PANGKALAN DATA – tempat pengumpulan dan penyimpanan  data secara berpusat bagi system      maklumat berasaskan computer.

6. Pangkalan Data juga adalah koleksi data yang saling berhubung  antara satu sama lain yang 
    disimpan berasaskan computer.

7. Pangkalan data:
  • ·       Memudahkan maklumat disimpan (store)
  • ·         Dicapai (access) dan
  • ·         Dikemaskini (update)


8. Pengurusan Data terbahagi kpd 2 cara:
  • ·         Sistem Fail – 2 jenis (system fail manual, system fail elektronik)
  • ·         Sistem Pangkalan Data


9. Ciri-ciri  system fail manual dan system fail elektronik:
Sistem Fail Manual
Sistem Fail Elektronik
Data disimpan dalam fail kertas
Data disimpan dlm computer
Fail kertas disimpan dlm cabinet
Data direkod dalam fail computer
Capaian data mengambil masa yang lama
Capaian data mengambil masa yang singkat
Rekod sukar diubah
Rekod senang diubah
Perlu Ruang besar untuk simpan fail
Data disimpan dalam peranti storan computer seperti hard disk, CD


10. Pangkalan Data menyatupadukan koleksi data di dalamnya untuk memudahkan simpanan
      pemprosesan, capaian dan keselamatan data.

11. Kebaikan pangkalan data:
  • mudahkan capaian, pengurusan dan kemaskini data
  • elakkan pengulangan data
  • menjaga integriti data
  • menjaga keselamatan data

12. Contoh sistem pangkalan data:

13. Evolusi sistem fail kepada sistem pangkalan data.
Sistem Fail 
Sistem Pangkalan Data
Capaian data tidak boleh dilakukan serentak dan lambat
Capaian data boleh dilakukan oleh banyak pihak secara serentak dan cepat.
Keselamatan data tidak terjamin
Keselamatan data lebih terjamin dengan penggunaan katalaluan dan data back up yang mantap.
Berlaku pengulangan data
Pengulangan data dapat dielakkan
Data sukar dikongsi (Perkongsian data adalah terhad)
Data boleh dikongsi dengan semua pihak secara efisien.


Apakah SQL (Structured Query Language)?
  • Capaian data dan maklumat dalam pangkalan data dilakukan melalui bahasa pengaturcaraan seperti  Structured Query Language (SQL).
  • SQL - bahasa pengaturcaraan  aras tinggi generasi keempat yang ringkas dan mudah untuk dibaca .
  • SQL digunakan untuk menyimpan, memanipulasi (tambah/add, hapus/padam, kemaskini/update) dan mendapatkan data dari pangkalan data.
  • SQL digunakan meluas dalam aplikasi melibatkan penggunaan pangkalan data.
  • Antara penyataan SQL yang akan dipelajari ialah SELECT...FROM, SELECT...WHERE dan SELECT.. ORDER BY.

Link Youtube yang boleh dirujuk:

#cikgootube #ASK #SK

#1.Pangkalan Data & SQL| Tingkatan 3|Asas Sains Komputer |



Bab 4 Pangkalan Data dan SQL (i)

oleh hajar nasir


3. https://www.youtube.com/watch?v=-8qqy-ueSgY

Bab 4 Pangkalan Data dan SQL (ii)



Monday 15 July 2019

Segmen Kod Python Memapar Tarikh dan Masa.

Pengaturcaraan Python untuk memaparkan tarikh dan masa.
Copy dan paste segmen kod ini ke dalam aturcara anda.


import datetime
now = datetime.datetime.now()
print ("Tarikh / Masa :",(now.strftime("%d-%m-%Y %H:%M:%S")))

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design