Wednesday 28 August 2019

Sunday 25 August 2019

ASK T2 : KOD ARAHAN PYHTON

Mari kenalpasti ralat-ralat yang selalu wujud dalam aturcara Python yang kita bangunkan. Seterusnya, betulkan ralat-ralat tersebut. Lets learn from mistakes...




Ralat Masa Larian - kerana tidak mengisytiharkan pembolehubah sebelum digunakan.



Ralat Masa Larian - kerana memasukkan jenis data yang salah.



Ralat logik - kerana kesilapan formula dalam pengiraan kos_sebiji_kek



Ralat Masa Larian - kerana tidak mengisytiharkan pembolehubah sebelum digunakan.



Aturcara yang bebas ralat adalah seperti di bawah:

Output yang sebenar:


Saturday 24 August 2019

ASK T1 BAB 4 HTML

Berikut adalah contoh-contoh fail html mudah, dalam editor notepad dan output yang terhasil pada pelayar google chrome.

Contoh 1:
<html>
<head>
<title>Tajuk : Makanan Seimbang</title>
</head>
<body>

<h1>Definisi:</h1>

<p><b>Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.</b></p>

<h1>Kebaikan Makanan Seimbang</h1>
<p><u>(a) Memastikan tahap kesihatan yang baik </u> - Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.</p>

<p><u>(b) Mampu mengawal kadar obesiti. </u> - Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti </p>


<h1>Tips Makanan Seimbang</h1>
<p><i>Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi serat.</i></p>

<p><i>Banyakkan minum air kerana air berfungsi membantu penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan serta pengawalan suhu badan.</i></p>


</body>
</html>



Contoh 2:

<html>
<head>
<title>Masalah Disiplin Pelajar</title>
</head>
<body>

<h1>Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar</h1>
<p><u>Ibu Bapa.</u></p>
<p>Ibu Bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga alpa akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak.</p>

<p><u>Rakan Sebaya.</u></p>
<p>Remaja selalu terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan negatif.</p>

<h1>Langkah Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar</h1>
<p><i>Pelajar mestilah pandai bergaul dan perlu memilih kawan yang baik dan tidak bermasalah disiplin.</i></p>

<p><i>Pelajar perlu melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah.Di sekolah, misalnya,pelajar boleh menyertai pelbagai kegiatan kokurikulam seperti kelab,persatuan dan pasukan beruniform.</i></p>

</body>

</html>



Contoh 3:

<html>
<head>
<title>Tajuk : MEDIA SOSIAL</title>
</head>
<body>

<h1>Definisi:</h1>

<p><b>Media sosial adalah sejenis media yang digunakan secara atas talian yang membolehkan para pengguna menyertai dan berkongsi maklumat secara global</b></p>

<h1>Kebaikan Media Sosial</h1>
<p><u>(a) Berkomunikasi Tanpa Sempadan </u> - Contohnya bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati dan berkongsi pengalaman.</p>

<p><u>(b) Dapat mempromosikan sesuatu produk dengan cepat. </u> - Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik dapat dibincangkan. </p>


<h1>Keburukan Media Sosial</h1>
<p><i>Membentuk pelajar yang suka menyendiri. Hubungan sesama ahli keluarga, rakan dan jiran semakin renggang. Terlalu lama berdepan internet hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.</i></p>

<p><i>Gangguan kesihatan seperti sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer.</i></p>


</body>
</html>


Contoh 4:

<html>
<head>
<title>Tajuk : Pencemaran Udara</title>
</head>
<body>

<h1>Punca-punca Pencemaran Udara:</h1>

<p><u>Pelepasan Asap Kilang</u> - Asap yang dihasilkan oleh kilang mengandungi bahan kimia dan gas yang mencemarkan udara.</p>


<p><u>Pembakaran Terbuka</u> - Pembakaran sampah atau hutan secara terbuka menyebabkan udara sekeliling tercemar.</p>

<p><u>Aktiviti Harian Manusia</u> - Penggunaan aerosol yang mengandungi CFC atau racun serangga perosak mencemarkan udara.</p>

<h1>Langkah-Langkah Mengatasi</h1>
<p><i>Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan untuk mengurangkan pembakaran terbuka.
</i></p>

<p><i>Penguatkuasaan undang-undang dan denda kepada kilang yang membebaskan asap tanpa tapisan.</i></p>

<p><i>Penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL dan komuter berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ialah sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam</i></p>
</body>
</html>

ASK T3 : BAB 4 KOD ARAHAN

4.1.5 MEMBINA PANGKALAN DATA

Berikut adalah langkah-langkah untuk membangunkan pangkalan data ringkas berkaitan Pendaftaran Peserta Sukan Sekolah.
Menggunakan DBMS Ms Access.
















Monday 19 August 2019

SK T5 : A bit about Javascript


  • Javascript tidak sama dengan Java!!
  • Javascript diletakkan dalam elemen <script> dalam kod HTML
  • Sintaks Javascript untuk mengubah kandungan elemen HTML  <p id="contoh"> Mari Belajar Javascript.</p>  ialah                                                                   document.getElemenById("contoh").innerHTML = "Javascript please be nice to me";
  • Javascript boleh ditempatkan sama ada di bahagian <head> atau <body> . Javascript can be placed at both <head> or <body> section
  • Sintaks untuk merujuk kepada script luaran bahan.js ialah <script src = "bahan.js">
  • Untuk menulis sebaris komen dalam Javascript, kita menggunakan simbol //
  • Untuk menulis lebih dari sebaris komen dalam Javascript, simbol  /*   digunakan dan ditutup dengan simbol */      
  • Untuk membundarkan 11.345 kepada integer terdekat, arahan Math.round(11.345)  digunakan.
  • Arahan untuk mencari nombor tertinggi antara x dan y ialah Math.max(x,y)  
  • Javascript adalah CASE SENSITIVE!           
  • Sintaks var kereta = "PROTON SAGA";  digunakan untuk mengisytiharkan pembolehubah bernama kereta, yang bernilai PROTON SAGA.
To understand more about Javascript, go to this link :


BAHAN SOKONGAN SAINS KOMPUTER T4 T5

BAHAN SOKONGAN SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 DAN 5

dari laman web BPK (19 Ogos 2019)




ASK T2 BAB 3 SK ULANGAN FOR DENGAN FUNGSI RANGE

nota whiteboard










PdPR 11.10.2021


Wednesday 14 August 2019

ASK T3 : PENGENALAN FUNGSI DAN PROSEDUR_NOTA

4.2 Struktur Kod Arahan
4.2.1 Fungsi Function dan Procedure dalam Aturcara

Apakah fungsi dan prosedur dalam aturcara?

Semasa proses pengekodan, aturcara utama yang besar dan panjang selalunya dipecahkan kepada modul-modul kecil berdasarkan fungsinya dan boleh dipanggil berulang kali oleh aturcara utama. 

Aturcara yang besar lebih mudah diurus: jika dipecahkan kepada beberapa submodul/subaturcara/subtugas mengikut peranan masing-masing.

Modul-modul aturcara kecil yang akan dipanggil oleh aturcara utama untuk  melakukan tugas-tugas yang berulang dikenali sebagai fungsi dan prosedur.

Fungsi dan prosedur adalah sebuah aturcara/program terpisah ( subaturcara/subprogram diluar aturcara/program utama) dalam blok tersendiri yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah khusus.


Definisi fungsi(function) dan prosedur(procedure).

FUNGSI -  subaturcara yang melaksanakan tugas khusus dan berulangkali serta boleh memulangkan nilai selepas tugas selesai dilaksanakan.


Fungsi sesuai digunakan bagi subaturcara yang perlu memulangkan nilai selepas tugas tersebut selesai dilaksanakan.


PROSEDUR - subaturcara yang melaksanakan tugas khusus berulangkali dan tidak memulangkan nilai selepas tugas selesai dilaksanakan.

Prosedur sesuai digunakan apabila suatu aturcara perlu dilakukan berulang kali tanpa pemulangan nilai.


Kebaikan fungsi dan prosedur:

  • Aturcara/Program yang besar lebih mudah diuruskan apabila dipecahkan kepada fungsi dan prosedur.
  • Memudahkan proses penyahpepijatan (mengesan dan membetulkan ralat)
  • Fungsi dan prosedur yang dibina dapat digunakan berulang kali

Penggunakan subaturcara seperti fungsi dan prosedur sesuai untuk melaksanakan tugas khusus dan berulangkali dalam satu aturcara yang sama atau dalam aturcara yang berlainan. Ini menjadikan keseluruhan aturcara menjadi lebih kemas, teratur, sistematik, bersifat modular, lebih mudah dinyahpijat dan diselenggara.



*Parameter - pembolehubah yang digunakan oleh sesuatu fungsi atau prosedur

*Argumen - data atau nilai sebenar dalam pembolehubah tersebut.


FUNGSI

PROSEDUR

Persamaan
  • mempunyai nama khusus yang explisit
  • boleh mempunyai parameter atau tidak
  • melaksanakan satu urutan arahan bagi menyelesaikan satu tugas khusus
  • boleh digunakan berulangkali dalam aturcara yang sama atau aturcara berbeza
Perbezaan      ada 2 jenis:
  • yang sedia ada (built in function)
  • yang ditulis oleh pengguna (user defined function)

  • ditulis oleh pengguna

  • perlu menerima nilai input (argumen

  • tidak semestinya menerima nilai input (argumen)

  • memulangkan satu atau beberapa nilai

  • tidak memulangkan sebarang nilai kecuali nilai lalai (null)


4.2.2 Penggunaan function

FUNGSI terbahagi kepada 2:

1. Build-in function (Fungsi Dalaman)

  • fungsi sedia ada yang disimpan dalam library bahasa pengaturcaraan.
  • kod sumber tidak boleh dilihat atau diubah
  • datang sekali dengan bahasa pengaturcaraan
  • nama fungsinya unik, deskriptif dan mencerminkan tugasnya, namanya tidak boleh diubah oleh pengguna
  • Build-in Function : sum(), max(), min(), index(), fungsi input, fungsi output


2. User-defined function (Fungsi dihasilkan sendiri)
  • set arahan untuk melaksanakan suatu tugas khas secara berulang dalam aturcara.
  • kod sumber boleh dilihat dan diubah oleh pengguna
  • ditulis oleh pengaturcara
  • nama fungsi diberi sendiri oleh pengguna, asalkan tidak bercanggah dengan kata kunci(reserved words)

BUILD IN FUNCTION   

(FUNGSI DALAMAN)

USER-DEFINED FUNCTION

(FUNGSI DIHASILKAN SENDIRI)
Persamaan
  • mempunyai nama yang deskriptif di bahagian pengepala
  • mempunyai badan function
  • mempunyai pernyataan return
Perbezaan
  • datang sekali dengan bahasa pengaturcaraan
  • ditulis oleh pengaturcara
  • nama yang diskriptif, unik dan terpelihara dan tidak boleh diubah
  • boleh diberi sebarang nama yang deskriptif dengan tugasnya, asalkan tidak bercanggah dengan kata kunci dalam bahasa pengaturcaraan
  • kod sumber tidak boleh dilihat
  • kod sumber boleh dilihat dan diubah
  • perlu argumen
  • boleh ada atau tiada argumen





SINTAKS:

Sintaks untuk mentakrifkan user-defined function:

def nama_fungsi(parameter):
       badan fungsi
       return (nilai)


Sintaks untuk mentakrifkan procedure:

def nama_prosedur(parameter):
       badan prosedur
       

Boleh rujuk buku teks mukasurat 170.































Wednesday 7 August 2019

SK T4 : Aturcara JAVA memasukkan input data pengguna dan papar output



//ayat dibawah digunakan untuk import 'class Scanner' supaya aturcara boleh menerima input daripada pengguna
//'class Scanner' ini terdapat dalam pakej java.util
import java.util.Scanner;

public class MaklumatAnda {
  public static void main(String[] args) {
   
//'Scanner' berfungsi untuk menerima pelbagai jenis data daripada pengguna
//'input' adalah objek bagi kelas Scanner
//'System.in' adalah singkatan bagi System input. 'System.in' menunjukkan input akan dihantar ke sistem

    Scanner input = new Scanner(System.in);
   
 //untuk menerima data jenis STRING
    System.out.println("Siapakah nama anda? : ");
    //kalau taip 'input.next()', sistem hanya baca SATU PERKATAAN SAHAJA!! Contoh FAZURA
    //String nama = input.next();
    //Kalau data jenis STRING yang panjang/banyak perkataan seperti FAZURA FATAH, kita guna method 'nextLine()'
    String nama = input.nextLine();     

    //untuk menerima data jenis INTEGER
    System.out.println("Berapakah umur anda? : ");
    //'next.Int()' ialah method bagi objek 'input' dalam class Scanner
    int umur = input.nextInt();
     
    System.out.println("Apakah hobi anda? : ");
    String hobi = input.next();
   
     //'method' untuk input nilai(input value) bagi jenis data yang lain adalah seperti berikut:
       // nextInt() - Integer
       // nextFloat() - Float
       // nextDouble() - Double
       // nextLong() - Long
       // nextShort() - Short
       // next() - Single word
       // nextLine() - Line of Strings
       // nextBoolean() - Boolean
   
    nama = nama;
    umur = umur;
    hobi = hobi;
   
   //Untuk paparkan output
    System.out.println("Nama : " + nama);
    System.out.println("Umur : " + umur);  
    System.out.println("Hobi : " + hobi);
  }
    /* SAYA 5/3/2018 */
 }

SK T4: JAVA Struktur Kawalan Ulangan For dan While

Contoh Aturcara :

public class LatihanFOR {
 
public static void main(String[] args) {
  int counter = 9;
  for (counter = 9; counter <=72; counter+=9){
    System.out.print(counter + "  ");
  }
 }
}


Contoh output:
9  18  27  36  45  54  63  72  







Contoh Aturcara:

public class LatihanWHILE {
 
 
  public static void main(String[] args) {
  int counter = 9;
 
  while (counter <=72) {
    System.out.print(counter + "  ");
    counter = counter + 9;  
  }
  }
}



Contoh output:

9  18  27  36  45  54  63  72  

SK T4: JAVA Struktur Kawalan Ulangan Do While

/**
 * Do...While untuk mengira nilai faktorial bagi input integer yang dimasukkan oleh pengguna.
 */

import java.util.Scanner;
public class LatihanFactorial {
  public static void main(String[] args) {
  int n;
  int factorial=1;

     Scanner input =new Scanner(System.in);

     System.out.println("Masukkan nombor integer : ");
     n=input.nextInt();
               
     int i=1;
    
     System.out.println("Pengiraan faktorial bagi " + n);
    
     do
     {
         factorial = factorial * i;
         System.out.print(i + " x ");
         i++;
     }
     while(i<n);
                 
 System.out.print( i + " = " +  i*factorial);
   
 }
}



Contoh Output:
Masukkan nombor integer :
7
Pengiraan faktorial bagi 7
1 x 2 x 3 x 4 x 5 x 6 x 7 = 5040
}

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design