4.2.1 Fungsi Function dan Procedure dalam Aturcara
Apakah fungsi dan prosedur dalam aturcara?
Semasa proses pengekodan, aturcara utama yang besar dan panjang selalunya dipecahkan kepada modul-modul kecil berdasarkan fungsinya dan boleh dipanggil berulang kali oleh aturcara utama.
Aturcara yang besar lebih mudah diurus: jika dipecahkan kepada beberapa submodul/subaturcara/subtugas mengikut peranan masing-masing.
Modul-modul aturcara kecil yang akan dipanggil oleh aturcara utama untuk melakukan tugas-tugas yang berulang dikenali sebagai fungsi dan prosedur.
Fungsi dan prosedur adalah sebuah aturcara/program terpisah ( subaturcara/subprogram diluar aturcara/program utama) dalam blok tersendiri yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah khusus.
Definisi fungsi(function) dan prosedur(procedure).
FUNGSI - subaturcara yang melaksanakan tugas khusus dan berulangkali serta boleh memulangkan nilai selepas tugas selesai dilaksanakan.
Fungsi sesuai digunakan bagi subaturcara yang perlu memulangkan nilai selepas tugas tersebut selesai dilaksanakan.
PROSEDUR - subaturcara yang melaksanakan tugas khusus berulangkali dan tidak memulangkan nilai selepas tugas selesai dilaksanakan.
Prosedur sesuai digunakan apabila suatu aturcara perlu dilakukan berulang kali tanpa pemulangan nilai.
- Aturcara/Program yang besar lebih mudah diuruskan apabila dipecahkan kepada fungsi dan prosedur.
- Memudahkan proses penyahpepijatan (mengesan dan membetulkan ralat)
- Fungsi dan prosedur yang dibina dapat digunakan berulang kali
Penggunakan subaturcara seperti fungsi dan prosedur sesuai untuk melaksanakan tugas khusus dan berulangkali dalam satu aturcara yang sama atau dalam aturcara yang berlainan. Ini menjadikan keseluruhan aturcara menjadi lebih kemas, teratur, sistematik, bersifat modular, lebih mudah dinyahpijat dan diselenggara.
*Parameter - pembolehubah yang digunakan oleh sesuatu fungsi atau prosedur
*Argumen - data atau nilai sebenar dalam pembolehubah tersebut.
FUNGSI |
PROSEDUR |
|
---|---|---|
Persamaan |
|
|
Perbezaan | ada 2 jenis:
|
|
|
|
|
|
|
4.2.2 Penggunaan function
FUNGSI terbahagi kepada 2:
1. Build-in function (Fungsi Dalaman)
- fungsi sedia ada yang disimpan dalam library bahasa pengaturcaraan.
- kod sumber tidak boleh dilihat atau diubah
- datang sekali dengan bahasa pengaturcaraan
- nama fungsinya unik, deskriptif dan mencerminkan tugasnya, namanya tidak boleh diubah oleh pengguna
- Build-in Function : sum(), max(), min(), index(), fungsi input, fungsi output
2. User-defined function (Fungsi dihasilkan sendiri)
- set arahan untuk melaksanakan suatu tugas khas secara berulang dalam aturcara.
- kod sumber boleh dilihat dan diubah oleh pengguna
- ditulis oleh pengaturcara
- nama fungsi diberi sendiri oleh pengguna, asalkan tidak bercanggah dengan kata kunci(reserved words)
BUILD IN FUNCTION(FUNGSI DALAMAN) | USER-DEFINED FUNCTION(FUNGSI DIHASILKAN SENDIRI) | |
---|---|---|
Persamaan |
| |
Perbezaan |
|
|
|
| |
|
| |
|
|
SINTAKS:
Sintaks untuk mentakrifkan user-defined function:
def nama_fungsi(parameter):
badan fungsi
return (nilai)
Sintaks untuk mentakrifkan procedure:
def nama_prosedur(parameter):
badan prosedur
Boleh rujuk buku teks mukasurat 170.
0 comments:
Post a Comment