Saturday 30 October 2021

ASK T3 : Penggunaan Pernyataan SQL

NOTA
4.1.7 Penggunaan Pernyataan SQL
  1. Arahan SQL digunakan untuk mencapai data yang disimpan dalam pangkalan data.
  2. SQL ada sintaks tertentu yang perlu dipatuhi.
  3. Sintaks - set peraturan yang menetapkan set perintah yang digunakan dan cara-cara menulis perintah dalam bentuk ayat agar boleh difahami dan dilaksanakan oleh perisian pangkalan data (DBMS).
Pernyataan SQL
Sintaks Umum
SELECT
  • SELECT membenarkan anda memilih medan-medan @ atribut-atribut dari pangkalan data
  • FROM untuk memilih entiti@jadual bagi medan-medan@atribut-atribut dalam pernyataan SELECT
SELECT atribut1,  atribut2, ......., atribut-N
FROM nama_jadual;
SELECT.....FROM
  • akan memulangkan nilai bagi medan@atribut yang dipilih dari entiti/ jadual yang ditetapkan
SELECT ID_Pekerja, Nama, Jantina 
FROM PEKERJA;
SELECT * FROM
  • akan mencapai data bagi semua medan @ atribut dari entiti @ jadual yang dipilih.
SELECT *
FROM PEKERJA;
SELECT.....FROM....WHERE
  • akan mencapai medan-medan @ atribut-atribut tertentu berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Data yang dicapai menggunakan pernyataan WHERE adalah lebih khusus (kerana ada syarat)
SELECT atribut1, atribut2, .... atribut-N
FROM nama_jadual
WHERE kriteria@syarat;

Contoh:

SELECT ID_Buku. Tajuk, Pengarang, Penerbit
FROM BUKU
WHERE Penerbit="DBP";
SELECT.....ORDER BY
  • membolehkan anda mengisih data yang dicapai mengikut susunan ASC (menaik A-Z) atau susunan DESC (menurun Z-A) berdasarkan satu atau lebih medan isihan.
SELECT atribut1, atribut2, ... atribut-N
FROM nama_jadual
WHERE kriteria @ syarat
ORDER BY atribut ASC/DESC;

SELECT ID_Pesakit, Nama_Pesakit, Wad

FROM PESAKIT
WHERE Jantina="Lelaki"
ORDER BY Nama_Pesakit ASC;


Nota tambahan:
  1. Arahan/Pernyataan SQL adalah case insensitive, maka boleh ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil, maka SELECT = select = Select =  SeLEcT
  2. Baris akhir sintaks SQL tidak semestinya berakhir dengan simbol semikolon (;) tetapi ianya merupakan amalan pengaturcaraan yang baik untuk dipraktikkan.
  3. Penulisan kriteria @ syarat selepas pernyataan WHERE perlu menggunakan simbol pembuka dan penutup kata ("   ").  Jika tidak, akan berlaku ralat sintaks.




Wednesday 20 October 2021

ASK T2 : 3.2.2 Menguji atur cara dan membaiki ralat pada kod arahan

Nota PdPR 21 Okt 2021

3.2.2 Menguji atur cara dan membaiki ralat pada kod arahan (ms 149)

  • Kesilapan menaip kod atur cara kadangkala disebabkan kurang berpengalaman dalam bahasa pengaturcaraan tersebut. 
  • Kecuaian menaip kod atur cara juga menjadi salah satu faktor terjadinya ralat dalam kod atur cara.
Kejadian ralat yang sering dijumpai ialah:
(a) Lupa menaip penutup kurungan “)” semasa menggunakan fungsi input().
(b) Inden kenyataan else yang salah

  • Ralat atau kesilapan yang wujud dalam sesuatu atur cara  sering dirujuk sebagai PEPIJAT. 
  • Ralat berpunca daripada kesalahan ataupun kecuaian pengatur cara. 
  • Proses mencari dan  menghapuskan ralat dipanggil PENYAHPEPIJAT. 
  • Ralat-ralat dalam atur cara boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan mengikut  ciri-cirinya yang tersendiri. 
  • Tiga kumpulan ini ialah:
đŸ’¥ralat sintaks (syntax error), 
đŸ’¥ralat masa larian (runtime error) 
đŸ’¥ralat logik (logical error).

ASK T1 : Subtopik 4.1.4 FASA PEMBANGUNAN ATURCARA

 













PRAKTIS MINDA 4.1 mukasurat 110



ASK T2 : 3.2.1 (iv) Struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah_WHILE



Gelung WHILE TAK TERHINGGA (indefinite while) BT ms 147


Gelung WHILE TERHINGGA (indefinite while) BT ms 148



GELUNG WHILE TAK TERHINGGA 



GELUNG WHILE TERHINGGA 


GELUNG WHILE TAK TERHINGGA



GELUNG WHILE TAK TERHINGGA








Copy kod aturcara di bawah, paste ke IDLE python dan cuba laksanakan untuk melihat hasilnya.


#CONTOH GELUNG WHILE TAK TERHINGGA ms 147

while True:
    jualan = float(input("Masukkan jumlah jualan anda, RM : "))
    peratus_komisen = float(input("Masukkan peratusan komisen: "))
    komisen = jualan * peratus_komisen
    print("Komisen anda ialah RM",komisen)



#CONTOH GELUNG WHILE TERHINGGA ms 148

# Nilai kawalan diisytiharkan
teruskan = "y"

# Operator perbandingan sebagai syarat
while teruskan == "y":
    jualan = float(input("Masukkan jumlah jualan anda, RM : "))
    peratus_komisen = float(input("Masukkan peratusan komisen: "))
    komisen = jualan * peratus_komisen
    print("Komisen anda ialah RM",komisen)

# Pengujian syarat
    teruskan = input("Adakah anda masih mahu meneruskan? (jawab y untuk ya): ")




#Contoh lain gelung while terhingga (definite while loop)

y = 1

while y == 1:
    m = input('Apakah nama anda :')
    print('Hai', m, ', Ini gelung while terhingga!')
    y = int(input('Hendak ulang? (ya = taipkan 1, tidak = taip nombor lain :'))
    print('\n')




#Contoh lain gelung while tak terhingga (indefinite while loop)

y = 1

while y == 1:
    m = input('Apakah nama anda :')
    print('Hai', m, ', Ini gelung while tak terhingga!')
    print('\n')




# Contoh while tak terhingga

# Isytiharkan nilai awal pembolehubah
i = 1

# Laksanakan pernyataan berulang selagi nilai i kurang dari 10
while 1<10:
    print("Saya akan berulang tanpa henti")
    print("sebab... saya adalah gelung while tak terhingga\n")



#Contoh while tak terhingga

nilai = True

while (nilai):
    print("Ulang tak berhenti")
    print("Ini gelung while tak terhingga\n")




Rujukan yang bagus untuk WHILE LOOP in Python:



Monday 4 October 2021

ASK T1 : 4.1.3 Atur Cara yang Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan, Praktis Aplikasi 4.4

4.1.3 Atur Cara yang Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan

  • Dalam pengaturcaraan, tindakan yang berulang-ulang disebut ulangan atau gelung.
  • Ulangan ialah satu proses atur cara akan mengarahkan program melakukan sesuatu tindakan berulang-ulang sehingga sesuatu syarat dipenuhi.
  • Contohnya pemandu perlu memandu keliling tempat parkir berulang-ulang dengan harapan ada kereta yang akan keluar.. Apabila syarat dipenuhi, iaitu berjumpa dengan parkir yang kosong, maka tindakan berulang akan berakhir.



 





Struktur Kawalan Ulangan REPEAT untuk melukis poligon.





Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design