Wednesday, 20 October 2021

ASK T2 : 3.2.2 Menguji atur cara dan membaiki ralat pada kod arahan

Nota PdPR 21 Okt 2021

3.2.2 Menguji atur cara dan membaiki ralat pada kod arahan (ms 149)

  • Kesilapan menaip kod atur cara kadangkala disebabkan kurang berpengalaman dalam bahasa pengaturcaraan tersebut. 
  • Kecuaian menaip kod atur cara juga menjadi salah satu faktor terjadinya ralat dalam kod atur cara.
Kejadian ralat yang sering dijumpai ialah:
(a) Lupa menaip penutup kurungan “)” semasa menggunakan fungsi input().
(b) Inden kenyataan else yang salah

  • Ralat atau kesilapan yang wujud dalam sesuatu atur cara  sering dirujuk sebagai PEPIJAT. 
  • Ralat berpunca daripada kesalahan ataupun kecuaian pengatur cara. 
  • Proses mencari dan  menghapuskan ralat dipanggil PENYAHPEPIJAT. 
  • Ralat-ralat dalam atur cara boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan mengikut  ciri-cirinya yang tersendiri. 
  • Tiga kumpulan ini ialah:
đŸ’¥ralat sintaks (syntax error), 
đŸ’¥ralat masa larian (runtime error) 
đŸ’¥ralat logik (logical error).

0 comments:

Post a Comment

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design