Thursday 18 October 2018

ASK T2 TUGASAN PROJEK AKHIR TAHUN PYTHON (soalan 1,2,3,4)

ASK TINGKATAN 2 (18/10/2018)

PROJEK AKHIR TAHUN : PYTHON

#💀💣😁


SOALAN 1:
Bangunkan aturcara python yang memaparkan tiket ke funfair.
Aturcara akan memaparkan date dan time secara automatic dari computer. (sila google J)
Paparkan  senarai harga tiket sebagai rujukan. Dewasa = RM10 , Kanak-kanak = RM5
Aturcara akan menerima input bilangan dewasa dan bilangan kanak-kanak.
Jika bilangan dewasa ialah lima orang atau lebih, bayaran untuk seorang ialah RM8.
Jika bilangan kanak-kanak ialah lima orang atau lebih, bayaran untuk seorang ialah RM3.
Seterusnya aturcara akan memaparkan tiket seperti output di bawah.
Jika jumlah harga tiket melebihi RM100, diskaun RM10 akan diberikan. Paparkan juga harga selepas diskaun. Jika tidak, diskaun tidak akan diberi.

a)         Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)         Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5 markah]
c)         Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]


Output 1




                                                                            Output 2





SOALAN 2:
Bangunkan aturcara python yang memaparkan resit kedai makan RESTOREN SABAR MENANTI SEDAP DIMAKAN.
Aturcara akan memaparkan date dan time secara automatic dari computer. (sila google J)

Aturcara akan meminta pengguna memasukkan input menu yang dipilih,  dari kategori NASI, LAUK, SAYUR dan MINUMAN. Input adalah berjenis data integer.

Seterusnya aturcara akan memaparkan menu NASI pilihan pengguna. Aturcara akan mengumpukkan harga setiap menu NASI tersebut dalam RM.
·         NASI PUTIH = 1.00
·         NASI BERIANI = 3.00
·         NASI DAGING = 5.00

Seterusnya aturcara akan memaparkan menu LAUK pilihan pengguna. Aturcara akan mengumpukkan harga setiap menu LAUK tersebut..
·         AYAM =4.00
·         DAGING = 5.00
·         IKAN = 5.00

Seterusnya aturcara akan memaparkan menu SAYUR pilihan pengguna. Aturcara akan mengumpukkan harga setiap menu SAYUR tersebut.
·         ACAR = 1.75
·         DALCA = 2.25

Seterusnya aturcara akan memaparkan menu MINUM pilihan pengguna. Aturcara akan mengumpukkan harga setiap menu MINUM tersebut.
·         MINUMAN SEJUK = 1.85
·         MINUMAN PANAS = 1.50

Aturcara akan mengira jumlah harga yang perlu dibayar.
Kemudian, aturcara akan memaparkan resit seperti output di bawah.
Jika jumlah harga melebihi RM12, diskaun RM1 akan diberikan. Paparkan juga harga selepas diskaun. Jika tidak, diskaun tidak akan diberi.

a)            Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)            Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5 markah]
c)            Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]



Current date and time :  2018-10-19 08:01:32

Mahu makan apa?

Pilih nombor untuk jenis nasi: 
1.Nasi Putih 
2.Nasi Beriani
3.Nasi Daging
0.Tiada 
3
NASI DAGING


Pilih nombor untuk jenis lauk:
1.Ayam
2.Daging
3.Ikan
0.Tiada
2
DAGING


Pilih nombor untuk jenis sayur:
1.Acar
2.Dalca
0.Tiada
2
DALCA


Pilih nombor untuk jenis minuman:
1.Minuman Sejuk
2.Minuman Panas
0.Tiada
1
MINUMAN SEJUK



****************************************************
*        RESTOREN SABAR MENANTI MAKAN SEDAP        *
****************************************************

  Harga nasi      = RM  5.00
  Harga lauk      = RM  5.00
  Harga sayur     = RM  2.25
  Harga minum     = RM  1.85
____________________________________________________
  JUMLAH HARGA    = RM  14.10
____________________________________________________
Anda mendapat diskaun RM1.00
HARGA SELEPAS DISKAUN = RM  13.10

Output 1



Current date and time :  2018-10-19 08:04:53

Mahu makan apa?

Pilih nombor untuk jenis nasi: 
1.Nasi Putih 
2.Nasi Beriani
3.Nasi Daging
0.Tiada 
1
NASI PUTIH


Pilih nombor untuk jenis lauk:
1.Ayam
2.Daging
3.Ikan
0.Tiada
1
AYAM


Pilih nombor untuk jenis sayur:
1.Acar
2.Dalca
0.Tiada
0
SAYUR : TIADA


Pilih nombor untuk jenis minuman:
1.Minuman Sejuk
2.Minuman Panas
0.Tiada
2
MINUMAN PANAS



****************************************************
*        RESTOREN SABAR MENANTI MAKAN SEDAP        *
****************************************************

  Harga nasi      = RM  1.00
  Harga lauk      = RM  4.00
  Harga sayur     = RM  0.00
  Harga minum     = RM  1.50
____________________________________________________
  JUMLAH HARGA    = RM  6.50
____________________________________________________

                                                                    Output 2




SOALAN 3:
Bangunkan aturcara python yang memaparkan tiket masuk ke taman tema FairyLand.
Sistem akan memaparkan date dan time secara automatic dari computer. (sila google J)

Aturcara  akan memaparkan harga tiket mengikut kategori pengunjung :

·         Dewasa (>=15 tahun) = RM50
·         Kanak-Kanak (>=7 tahun) = RM30
·         Bayi (<7 tahun) = RM10

Aturcara akan menerima 3 input daripada pengguna iaitu umur, tinggi(cm) dan berat(kg).

Daripada umur, harga tiket dapat dipaparkan. Kemudian harga tiket ini akan ditambah 6% GST. Tiket akan memaparkan harga baru selepas ditambah GST.

Seterusnya, aturcara akan menilai kelayakan pengunjung untuk melakukan aktiviti lasak atau ekstrem. Antara syarat kelayakan yang dibenarkan ialah:

·         Berumur antara 15 sehingga 50
·         Ketinggian ialah 135 cm atau lebih
·         Berat antara 30 sehingga 75

Pengguna perlu mematuhi ketiga-tiga  syarat tersebut untuk melayakkan mereka melakukan aktiviti lasak.
Jika layak, paparan ANDA LAYAK MENGIKUTI AKTIVITI LASAK
Jika tidak, papar ANDA TIDAK LAYAK MENGIKUTI AKTIVITI LASAK.


a)            Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)            Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5 markah]
c)            Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]






SOALAN 4:
Bangunkan aturcara python yang memaparkan laporan ringkas aktiviti kokurikum murid di sekolah anda.
Gunakan gelung untuk meminta pengguna memasukkan data bagi 3 jenis kegiatan kokurikulum satu per satu.
Bagi setiap kegiatan kokurikulum itu, pengguna perlu memasukkan nama kegiatan kokurilulum dan jawatan. Berikut adalah markah bagi jawatan yang disandang.

·         Pengerusi = 10 markah
·         Naib Pengerusi = 8 markah
·         Setiausaha = 6 markah
·         Bendahari = 5 markah
·         Ahli Aktif = 4 markah
·         Ahli Biasa = 2 markah

Akhir sekali aturcara akan mengeluarkan laporan ringkas seperti output di bawah. Antara yang dipaparkan ialah nama murid, kelas dan jumlah markahkeseluruhan.

Berdasarkan markahkeseluruhan tersebut, aturcara perlu memaparkan pencapaian pelajar di akhir laporan.
Jika markah keseluruhan lebih besar  atau sama20, papar AND CEMERLANG DALAM KOKURIKULUM.
Jika markahkeseluruhan lebih besar atau sama 10, papar ANDA AKTIF DALAM KOKURIKULUM.
Jika markahkeseluruhan lebih besar daripada 0, papar ANDA TIDAK AKTIF DALAM KOKURIKULUM.


a)            Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)            Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5 markah]
c)            Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]


Tarikh/Masa :  2018-10-19 08:21:35

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@                            SISTEM MARKAH KOKURIKULUM                               @@
@@                                        SMK FAIRYLAND                                                   @@
@@                                             TAHUN 2018                                                        @@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nama anda: FATINI
Kelas anda: 2 DLP
__________________________________________________

Masukkan nama badan beruniform / kelab / persatuan : KADET REMAJA SEKOLAH
1 . Unit Kokurikulum =  KADET REMAJA SEKOLAH

Masukkan nombor untuk Jawatan anda
@@ 1.Pengerusi
@@ 2.Naib Pengerusi
@@ 3.Setiausaha
@@ 4.Bendahari
@@ 5.Ahli aktif
@@ 6.Ahli biasa
1

Jawatan =  PENGERUSI
Markah =  10
__________________________________________________

Masukkan nama badan beruniform / kelab / persatuan : KELAB ICT
2 . Unit Kokurikulum =  KELAB ICT

Masukkan nombor untuk Jawatan anda
@@ 1.Pengerusi
@@ 2.Naib Pengerusi
@@ 3.Setiausaha
@@ 4.Bendahari
@@ 5.Ahli aktif
@@ 6.Ahli biasa
2

Jawatan =  NAIB PENGERUSI
Markah =  8
__________________________________________________

Masukkan nama badan beruniform / kelab / persatuan : BADMINTON
3 . Unit Kokurikulum =  BADMINTON

Masukkan nombor untuk Jawatan anda
@@ 1.Pengerusi
@@ 2.Naib Pengerusi
@@ 3.Setiausaha
@@ 4.Bendahari
@@ 5.Ahli aktif
@@ 6.Ahli biasa
5

Jawatan =  AHLI BIASA
Markah =  2


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@
@@       NAMA  :  FATINI
@@       KELAS :  2 DLP
@@
@@       MARKAH KOKURIKULUM ANDA IALAH  20
@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

TAHNIAH! ANDA CEMERLANG DALAM KOKURIKULUM

Output 1



Tarikh/Masa :  2018-10-19 08:25:35

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@                                            SISTEM MARKAH KOKURIKULUM                                                   @@
@@                                                            SMK FAIRYLAND                                                                 @@
@@                                                                 TAHUN 2018                                                                  @@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nama anda: ARIFAH
Kelas anda: 5 A1
__________________________________________________

Masukkan nama badan beruniform / kelab / persatuan : BBSM
1 . Unit Kokurikulum =  BBSM

Masukkan nombor untuk Jawatan anda
@@ 1.Pengerusi
@@ 2.Naib Pengerusi
@@ 3.Setiausaha
@@ 4.Bendahari
@@ 5.Ahli aktif
@@ 6.Ahli biasa
3

Jawatan =  SETIAUSAHA
Markah =  6
__________________________________________________

Masukkan nama badan beruniform / kelab / persatuan : KELAB DOKTOR MUDA
2 . Unit Kokurikulum =  KELAB DOKTOR MUDA

Masukkan nombor untuk Jawatan anda
@@ 1.Pengerusi
@@ 2.Naib Pengerusi
@@ 3.Setiausaha
@@ 4.Bendahari
@@ 5.Ahli aktif
@@ 6.Ahli biasa
5

Jawatan =  AHLI BIASA
Markah =  2
__________________________________________________

Masukkan nama badan beruniform / kelab / persatuan : GOLF
3 . Unit Kokurikulum =  GOLF

Masukkan nombor untuk Jawatan anda
@@ 1.Pengerusi
@@ 2.Naib Pengerusi
@@ 3.Setiausaha
@@ 4.Bendahari
@@ 5.Ahli aktif
@@ 6.Ahli biasa
1

Jawatan =  PENGERUSI
Markah =  10
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@
@@       NAMA  :  ARIFAH
@@       KELAS :  5 A1
@@
@@       MARKAH KOKURIKULUM ANDA IALAH  18
@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ANDA AKTIF DALAM KOKURIKULUM

                                                                                        Output2

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cikgu, boleh kongsikan contoh coding untuk Soalan 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Search this blog: PROJEK ASK AKHIR TAHUN TING. 2

      Delete
  3. Selamat pagi Cikgu,

    Ada tak Coding untuk soalan-soalan di atas?
    Tolong kongsi jika ada.

    Terima kasih

    prakashnadason@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://myskandasksharing.blogspot.com/2019/07/ask-t2-projek-ask-akhir-tahun-ting-2.html?m=1

      Delete
    2. pls put coding for question 1

      Delete
  4. Assalamualaikum cg boleh x bgi coding untuk soalan 2 tu sebab projek saye pun lebih kurang cm tu jugak

    ReplyDelete
  5. boleh tak nak mintak input

    ReplyDelete
  6. Boleh cikgu kongsikan pseudokod bagi soalan 1?

    ReplyDelete
  7. cikgu boleh kongsikan psudokod untuk soalan 2?

    ReplyDelete
  8. Cikgu boleh kongsikan carta alir untuk soalan 2? Saya nak bandingkan dengan jawapan saya.

    ReplyDelete
  9. maaf,saya tak igt save di mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu boleh tak cuba tulis pseudokod tu. Kalau tak boleh tak apa

      Delete
  10. pls put the coding,algoritm and pseudokod.

    ReplyDelete

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design