Wednesday 31 October 2018

ASK T2 BAB 3 KOD ARAHAN 3.1


3.1 PERSEKITARAN KOD ARAHAN

3.1.1 Jenis Data dalam segmen kod
3.1.2 Perbezaan antara pembolehubah dan pemalar dalam segmen kod
3.1.3 Menghasilkan segmen kod menggunakan fungsi input dan fungsi output
                -Operator Perbandingan
                -Operator Logik
3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod dalam penyelesaian masalah
3.1.5 Menggunakan gabungan jenis data, pembolehubah, pemalar dan operator untuk menyelesaikan
         masalah.


3.1          PERSEKITARAN KOD ARAHAN

Kod Arahan = satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas.

Satu set kod arahan = segmen kod

Kod arahan ditulis oleh pengaturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer seperti Scratch, HTML, C, Java, Python dan lain-lain.

Persekitaran kod arahan = persediaan peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan.

Persekitaran kod arahan  merujuk kepada perkakasan, sambungan internet, pelayar web dan perisian aplikasi yang diperlukan untuk pembangunan aturcara.

Kod arahan perlu diterjemahkan ke bahasa mesin sebelum dilaksanakan.

Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri.

Terdapat 3 jenis penterjemah: Penghimpun, Pengkompil dan Pentafsir.


3.1.1      Jenis data dalam segmen kod

Jenis data digunakan semasa pengisytiharan suatu pembolehubah untuk membenarkan aturcara mengenalpasti kegunaan pembolehubah tersebut dalam storan ingatan dengan berkesan.

Jenis data ini dikelaskan kepada 3 bahagian utama : nombor, teks dan nilai logik.

i) nombor = nilai berangka yang terdiri daripada nombor bulat dan nombor perpuluhan.
ii)teks  = seperti satu aksara atau satu rentetan aksara.
iii)logik = mempunyai 2 keadaan sahaja iaitu “Benar” dan “Palsu”


Jenis data: integer, double/float, boolean, char, string.

i) integer = nombor yang tidak mempunyai bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan. Integer juga dikenali sebagai nombor bulat. Integer terdiri daripada nombor positif, sifar dan nombor negatif.

ii) Double = nombor yang mengandungi bahagian pecahan, iaitu nombor mempunyai titik perpuluhan.
Python tidak menyokong double tetapi menggunakan jenis data float.
Perbezaan antara double dan float ialah double menggunakan memori sebanyak 64 bit manakala float menggunakan 32 bit.
Fungsi round() digunakan untuk membundarkan nilai float kepada bilangan tempat perpuluhan yang dikehendaki.

iii) Char = jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara (character).
Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol.
Bahasa pengaturcaraan Python tidak menyokong jenis data char, tetapi menyokong string.
String = satu perkataan yang dibina daripada aksara.
String terdiri daripada urutan aksara-aksara yang berjujukan yang membentuk satu rentetan(string).

Nilai string perlu diletakkan simbol (‘……’) atau (“…..”).
Ruang kosong dalam satu string juga dikira sebagai satu aksara.
Simbol , menggabungkan dua string dengan satu ruang kosong.
Simbol + menggabungkan dua string tanpa sebarang ruang kosong
Simbol * mengulang string dengan bilangan yang dinyatakan.

iv) Boolean =mempunyai hanya 2 nilai “True” atau “False”
Dua nilai ini digelar nilai logik 1 dan 0. (1=Benar, 0= Palsu)



3.1.2      Perbezaan antara pembolehubah dan pemalar dalam segmen kod


Pembolehubah

Pembolehubah - storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh aturcara.

Pembolehubah digunakan untuk mewakili data yang perlu digunakan berulangkali oleh aturcara.

Pembolehubah yang diiisytiharkan perlu diberi satu label (pengecam) yang sesuai dan disertakan dengan nilai.

Semasa pembolehubah diisytiharkan, ruang ingatan dalam komputer disediakan berdasarkan jenis data yang diberi kepada pembolehubah.

Contoh pengisytiharan pembolehubah:

tempatlahir = str("Perlis")

Syarat-syarat menamakan pembolehubah:
  • nama pembolehubah hanya boleh mengandungi aksara (a hingga z atau A hingga Z)  dan digit (0 hingga 9)
  • nama pembolehubah harus menggambarkan nilai yang dipegang oleh pembolehubah tersebut.
  • nama bagi pembolehubah TIDAK BOLEH dimulakan dengan nombor
  • nama bagi pembolehubah TIDAK BOLEH ada ruang kosong


Pemalar

Nilainya tidak akan berubah  sepanjang perlaksanaan aturcara.

Perbezaan pembolebubah dan pemalar:

Pembolehubah Pemalar
Nilainya boleh berubah-ubah Nilainya adalah tetap dan tidak akan berubah
Pengaturcara perlu mengingat label dan
nilai yang digunakan
Pengaturcara tidak perlu mengingat label dan
nilai yang digunakan.




3 jenis operator
  • Operator Perbandingan
  • Operator Logik
  • Operator Matematik

3.1.3 Menghasilkan segmen kod menggunakan fungsi input dan fungsi output

Fungsi Input

  • maklumat yang dimasukkan oleh pengguna melalui papan kekunci, klik tetikus, pangkalan data, skrin sentuh, gerakan atau internet.
  • untuk mendapatkan data input daripada pengguna, biasanya menggunakan papan kekunci
  • Apabila sintak input() dibaca, aturcara akan menunggu input daripada pengguna.

Fungsi Output

  • maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer
  • maklumat yang dipaparkan adalah hasil daripada proses yang dilakukan oleh segmen kod.
  • Apabila sintak print() dibaca, aturcara akan memaparkan teks yang berada dalam tanda (""). 

Fungsi input dan output membolehkan  mesej yang hendak disampaikan difahami oleh pengguna dan diterima oleh komputer.


3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod dalam penyelesaian masalah

Ralat - kesilapan atau kesalahan  dalam pembangunan aturcara atau segmen kod.

Ada 3 jenis ralat:

  • ralat sintaks - disebabkan kesilapan ejaan atau kesilapan peraturan bahasa pengaturcaraan
          Contohnya : penggunaan sintaks yang tidak betul, perkataan sintaks / arahan dieja salah,      
          tertinggal simbol seperti titik bertindih, petikan atau tanda kurungan, penggunaan inden yang 
          salah.
  • ralat masa larian - segmen kod aturcara berhenti secara tiba-tiba disebabkan yang berikut : pembahagian dengan sifar, penambahan pembolehubah yang berlainan jenis data, tidak mentakrifkan pembolehubah, fungsi, modul atau objek sebelum digunakan, mengakses fail yang tidak wujud.

  • ralat logik - disebabkan kecuaian pengaturcara seperti kesalahan menggunakan operator. Ralat logik tidak mengganggu perlaksanaan segmen kod tetapi akan mengeluarkan output yang salah.


23 comments:

  1. Nota yg baik :)) Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Nota yang ringkas dan betul. Terima kasih, senang untuk saya buat ulang kaji

    ReplyDelete
  3. Wish me luck for my exam today")

    ReplyDelete
  4. thanks..ianya sangat membantu

    ReplyDelete
  5. um...rasanya tertinggal float lah...

    ReplyDelete
  6. What a usefull information

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. What a useful information

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Notanya sangat rinkas dan sesuai untuk ulang kaji

    ReplyDelete
  11. thank you for this note ,it was very helpfull and i got 87 marks in exam

    ReplyDelete
  12. Ty 4 the information, it does help us.

    ReplyDelete
  13. wowww!!snang la macam ni.. bile2 masa boleh baca nota..hujung jari jerr.. THANK YOU SO MUCH!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design