Wednesday 31 October 2018

ASK T2 BAB 3 KOD ARAHAN 3.2

3.2 STRUKTUR KOD ARAHAN

Struktur Kawalan ada 4:

1. Struktur Kawalan Jujukan 
  • aliran secara sehala mengikut urutan linear.
  • sk yang paling mudah difahami
  • melaksanakan arahan baris demi baris mengikut urutan satu aliran sahaja dari atas ke bawah.

2. Struktur Kawalan Pilihan - ada 3 jenis
  • Pilihan Tunggal (Kenyataan if ..... mempunyai satu cabang pilihan)  
  • Dwipilihan (Kenyataan if-else ..... mempunyai 2 cabang pilihan)
  • Pelbagai Pilihan (kenyataan if-elif-else  ......mempunyai lebih dari 2 cabang pilihan)

Contoh mudah:

Copy kod aturcara SK Pilihan Tunggal di bawah dan paste ke IDLE Python. Kemudian laksanakan (RUN) untuk melihat output yang terhasil.

#STRUKTUR KAWALAN PILIHAN TUNGGAL#
nom = int(input("Masukkan satu nombor  "))
if nom>0:
    print(nom , " ialah nombor positif. ")
print("\nTAMAT SK PILIHAN TUNGGAL IF")








Copy kod aturcara SK DwiPilihan di bawah dan paste ke IDLE Python. Kemudian laksanakan (RUN) untuk melihat output yang terhasil.

#STRUKTUR KAWALAN DWIPILIHAN IF-ELSE#
nom = int(input("Masukkan satu nombor bukan sifar, antara -10 to 10: "))
if nom>0:
    print(nom, " ialah nombor positif. ")
else:
    print(nom, " ialah nombor negatif. ")
print("\nTAMAT SK DWIPILIHAN IF-ELSE")





Copy kod aturcara SK Pelbagai Pilihan di bawah dan paste ke IDLE Python. Kemudian laksanakan (RUN) untuk melihat output yang terhasil.

#STRUKTUR KAWALAN PELBAGAI PILIHAN IF-ELIF-ELSE#
nom = int(input("Masukkan satu nombor : "))
if nom > 0:
    print(nom, "ialah positif.")
elif nom < 0:
    print(nom, "ialah negatif.")
else:
    print(nom, "ialah sifar.")
print("\nTAMAT SK PELBAGAI PILIHAN IF-ELIF-ELSE")







3.Struktur Kawalan Pilihan Bersarang 

  • terdiri daripada beberapa struktur pilihan yang terbenam bersama.
  • sk pilihan berada di dalam suatu sk yang lain.

4. Struktur Kawalan Ulangan -melaksanakan langkah-langkah tertentu berulang kali. Ada 2 jenis


  • For (Untuk) - dikawal dengan bilangan lelaran yang diketahui
  • While (Selagi) -dikawal dengan bilangan lelaran yang tidak diketahui
  •  
        SK Ulangan penting supaya kod yang ditulis tidak panjang dan memakan ruang storan.
        Bahagian kod yang mempunyai syarat dan langkah-langkah berulang disebut gelung (loop).
        Setiap pusingan ulangan disebut lelaran (iteration).


    Rujukan dari Youtube yang bagus untuk SK Ulangan menggunakan Python:

    Tutorial 9: Struktur Kawalan Ulangan(Loops) dalam Python, AllAce Institute
    https://www.youtube.com/watch?v=ne9WSAbgRak

    3.2.1 (IV) STRUKTUR KAWALAN ULANGAN FOR DAN WHILE DALAM ATURCARA

    12 comments:

    1. minta maaf nak tanya, bagaimanakah cara untuk create space antara coding atas dan coding bawah untuk python. macam waktu run coding tu, ayat bawah dan ayat atas ada space ;

      contoh:

      nama saya abu.

      umur saya 10 tahun.

      yang space antara nama ayat pertama dan ayat kedua tu. macam mana coding untuk hasilkan space tu?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Untuk space, gunakan arahan \n atau print()

        Contoh:
        minum = int(input("Pilih nombor untuk jenis minuman:\n" "1.Minuman Ais\n" "2.Minuman Panas\n" "0.Tiada\n"))
        print()

        Delete
    2. bagaimana hendak membangunkan satu sistem dalam python yang cantik dan kemas?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Gunakan IDE yang berbeza .Contohnya Visualstudiocode

        Delete
    3. Apa punca kuasa dua dalam bahasa python

      ReplyDelete
    4. Antara pernyataan berikut,yang manakah adalah struktur kawalan bersarang?

      A. Jika syarat1 dipenuhi,laksana pernyataan1. Jika tidak tamat

      B. Jika syarat1 dipenuhi,semak syarat2. Jika tidak,tamat

      C. Jika syarat1 dipenuhi,laksana pernyataan1. Jika tidak,laksana pernyataan2

      D. Jika syarat1 dipenuhi,tamat. Jika tidak,laksana pernyataan1

      ReplyDelete
    5. Haidar membuat satu aturcara mencari purata markah bagi tiga matapelajaran yang diambil ketika PT3. Ketika membina aturcara Haidar telah membuat kesilapan apabila dia bahagikan hasil tambah markah tersebut dengan 0. Apakah jenis ralat yang dikesan?

      ReplyDelete
    6. Natrah menulis pseudokod untuk mencari luas sebuah bulatan. Semasa atur cara dijalankan, Natrah mendapati output yang terhasil tidak sama dengan yang sepatutnya. Natrah mendapati dia melakukan kesilapan dengan menggunakan operator matematik yang salah. Apakah jenis ralat yang dikesan.

      ReplyDelete

    Featured post

    Handwritten note... ASK T1 HTML

     

     

    SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design