Wednesday 18 September 2019

SK T4 : BAB 1 : 1.5 AMALAN TERBAIK PENGATURCARAAN

Rujukan Buku Teks ms 111



BAB 1: PENGATURCARAAN

1.5 Amalan Terbaik Pengaturcaraan


1. 'Amalan terbaik' ialah teknik atau metodologi yang telah dibuktikan melalui suatu pengalaman atau kajian  yang boleh dipercayai untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

2.'Amalan terbaik pengaturcaraan' ialah pengaturcara mempraktikkan amalan-amalan yang biasa diikuti untuk menghasilkan aturcara yang baik.

3. Berikut ialah 4 amalan-amalan terbaik pengaturcaraan untuk menghasilkan kod aturcara yang baik:
  • Inden yang konsisten - supaya kod aturcara mudah dibaca dan difahami dari awal kod aturcara hingga ke akhir kod aturcara.
  • Jenis data - pilih jenis data yang sesuai memulihara sumber (conserve resources)/ ruang storan komputer. Contohnya untuk nombor bulat, gunakan jenis data integer, bukannya double
  • Pembolehubah yang bermakna - menggunakan pembolehubah yang bermakna dan mudah difahami untuk mengelakkan kekeliruan dan mudah diselenggara.                              Contohnya: tidak bermula dengan nombor, tiada ruang kosong antara perkataan, tidak menggunakan katakunci(reserved word) sebagai pembolehubah,penggunaan huruf besar atau huruf kecil bagi pembolehubah yang case sensitive.
  • Komen - untuk menerangkan fungsi kod




1.5.1 Jenis Ralat dalam Aturcara

1. Ralat Sintaks - ralat yang berlaku akibat: 
  • kesalahan tatabahasa seperti salah ejaan dan tatatanda
  • penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali
2. Ralat Masa Larianralat ketika aturcara sedang dilaksanakan tetapi terganggu akibat beberapa faktor:
  • pengiraan data bukan berangka (non numerical)
  • pembahagian dengan digit 0
  • mencari punca kuasa dua bagi nombor negatif
3. Ralat Logik - berlaku apabila aturcara tidak berfungsi seperti yang diingini. 
  • Ralat ini tidak dapat dikesan oleh pengkompil.
  • Pengaturcara sahaja boleh mengesan ralat logik melalui output yang dihasilkan.



1.5.4 Komen

1. Komen merujuk kepada penanda yang dibuat oleh pengaturcara untuk setiap aturcara yang dibina.
2. Terdapat sintaks yang ditetapkan untuk menulis komen bagi setiap jenis bahasa pengaturcaraan.
3. Berikut ialah jenis komen dan huraiannya dalam Java.


Jenis komenTujuan

 // Mengisytiharkan pembolehubah 

Pengkompil mengabaikan semua teks bermula dengan tanda // hingga ke teks terakhir dalam baris yang sama

/* Mengisytiharkan pembolehubah */

Pengkompil mengabaikan semua teks yang berada dalam /* hingga ke */ walaupun dalam baris yang berlainan

/** Mengisytiharkan pembolehubah */

Komen ini ialah komen dokumentasi. Pengkompil mengabaikan semus teks yang berada dalam /** hingga */, sama seperti /* hingga */




0 comments:

Post a Comment

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design