SK T4
Rekabentuk - susun atur teks, gambar, butang dan menu dalam sesuatu produk.
Interaksi - tindakan manusia semasa menggunakan sesuatu produk.
Rekabentuk Interaksi - membolehkan pengguna berkomunikasi dan berinteraksi dengan produk atau aplikasi --- perlu mempunyai paparan dan menu yang ringkas dan mudah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. --- cth: whatsapp, facebook, telegram, sistem tempahan tiket kapal terbang.
5 prinsip perlu dipatuhi untuk menghasilkan rekabentuk interaksi yang baik:
1. Konsistensi (Keseragaman)
--- semua elemen perlu berada di kedudukan yang sama dari segi persembahan dan fungsi
--- supaya pengguna akan selesa dan tak hilang fokus bila guna sistem.
2. Kebolehan Membuat Pemerhatian (Perceivability)
--- petunjuk dan butang interaksi perlu mudah dikenalpasti
--- supaya pengguna selesa guna sistem dan tak ragu-ragu.
3. Boleh dipelajari (Learnability)
--- supaya pengguna mudah mempelajari dan mengingati cara-cara menggunakan sistem
4. Kebolehan untuk Menjangka (Predictability)
--- pengguna boleh menjangka perkara yang akan berlaku dalam aliran proses aplikasi tersebut.
---Contoh pengguna dapat meneka apakah paparan jika menekan butang emotikon pada whatsapp.
5. Maklum Balas (Feedback)
--- untuk melakukan penambahbaikan kepada sistem
---Contohnya 'loading', message box 'You have successfully log out'
Wednesday, 17 October 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
SK T4 subtopik 1.4 STRUKTUR KAWALAN IF-ELSE, SWITCH-CASE, FOR, WHILE, DO-WHILE
BUKU TEKS - SUBTOPIK 1.4 STRUKTUR KAWALAN SLAID STRUKTUR KAWALAN NOTA STRUKTUR KAWALAN KUIZ INTERAKTIF 1 : STRUKTUR KAWALAN KUIZ INTERA...

terima kasih cikgu Fairy
ReplyDeletesama2.. moga bermanfaat
ReplyDelete