Saturday 28 September 2019

SK T5 : BAB 3 : BAHASA PENSKRIPAN KLIEN (isihan, carian, nilai maksimum, minimum, mean dan count, QUEUE)

NOTA

3.1.2 BAHASA PENSKRIPAN KLIEN 
BT ms132
1. Contoh Aturcara Penskripan Klien:
  • proses pengisihan
  • pencarian
  • mencari nilai maksimum dan nilai minimum
  • mengira purata serta bilangan unsur dalam senarai
2. Suatu senarai unsur diisih untuk memudahkan carian.
3. ISIHAN ada 2 : Isihan Buih & Isihan Pilih 

4. ISIHAN BUIH:
  • membandingkan unsur-unsur bersebelahan dan akan menukar kedudukan (swap)
  • Ada 2 proses perbandingan:
    • banding adakah unsur pertama > unsur kedua, jika YA.. tukar tempat! (Ini untuk turutan menaik, sebab kita bandingkan no[j]>no[j+1].. dan tukar kedudukan)
        • Senarai belum diisih [5,1,4,3,2] akan menjadi [1,2,3,4,5] setelah diisih
    • banding adakah unsur pertama < unsur kedua, jika Ya.. tukar tempat! (Ini untuk urutan menurun, sebab kita bandingkan no[j[<no[j+1]?.. dan tukar kedudukan)
        • Senarai belum diisih [2,4,1,5,8] akan menjadi [8,5,4,2,1] setelah diisih
  • Kebaikan:
      • lebih mudah dibina dan lebih mudah difahami
      • sesuai untuk bilangan unsur yang sedikit kerana perlu membuat perbandingan satu per satu unsur hingga akhir senarai.
      • Contoh untuk menyusun buku-buku di rak yang kecil.

##maaf, terdapat kesilapan dalam nota tulisan pen ini,...document.write(no) hanya wujud sekali sahaja, iaitu setelah keluar terus dari gelung luar..  (BUKANnya pada setiap kali keluar gelung luar!)

##maaf, terdapat kesilapan dalam nota tulisan pen ini,...document.write(no) hanya wujud sekali sahaja, iaitu setelah keluar terus dari gelung luar..  (BUKANnya pada setiap kali keluar gelung luar!)


##maaf, terdapat kesilapan dalam nota tulisan pen ini,...document.write(no) hanya wujud sekali sahaja, iaitu setelah keluar terus dari gelung luar..  (BUKANnya pada setiap kali keluar gelung luar!)

##maaf, terdapat kesilapan dalam nota tulisan pen ini,...document.write(no) hanya wujud sekali sahaja, iaitu setelah keluar terus dari gelung luar..  (BUKANnya pada setiap kali keluar gelung luar!)

##Sepatutnya document.write(no) hanya wujud di akhir sekali, dengan jawapan 1,2,3,4,5..



4. ISIHAN PILIH:
  • membandingkan satu  unsur dengan unsur terkecil/terbesar daripada unsur lain dalam senarai, seterusnya tukar kedudukan jika urutan salah.
  • Ada 2 proses perbandingan:
    • banding unsur sama ada  lebih besar daripada unsur terkecil (Untuk urutan menaik)  
    • banding unsur sama ada lebih kecil daripada unsur terbesar (Untuk urutan menurun)
  • Kebaikan:
      • sesuai untuk isihan  jika bilangan unsur adalah sedikit
      • Contoh untuk menyusun murid mengikut ketinggian semasa beratur  dalam kelas.
5. CARIAN PERDUAAN / CARIAN BINARI
  • digunakan untuk bilangan data yang banyak dan telah diisih
  • Ada 3 proses perbandingan:
    • bandingkan adakah unsur di tengah = unsur yang dicari?
    • bandingkan adakah unsur di tengah < unsur yang dicari?
    • bandingkan adakah unsur di tengah > unsur yang dicari?
6. Mendapatkan nilai Maksimum
  • Nilai maksimum ialah nilai terbesar dalam senarai
  • Proses kerja:
    • beri nilai awal maksimum
    • banding nilai dalam senarai dengan nilai awal maksimum
    • Dapat nilai maksimum terkini
  • Sesuai juga untuk mencari  nilai bangunan tertinggi dan jarak terpanjang.

7. Mendapatkan nilai Minimum
  • Nilai minimum ialah nilai terkecil dalam senarai
  • Proses kerja:
    • beri nilai awal minimum
    • banding nilai dalam senarai dengan nilai awal minimum
    • Dapat nilai minimum terkini
  • Sesuai juga untuk mencari  nilai kotak paling ringan dan sungai terpendek
8. Mendapatkan nilai Mean @ purata
  • Mean ialah purata nilai dalam senarai
  • Proses kerja:
    • jumlahkan nilai-nilai dalam senarai
    • dapatkan bilangan nilai dalam senarai
    • Nilai mean dikira dengan membahagikan jumlah dengan bilangan (Mean = jumlah unsur/bilangan unsur)
9. Mendapatkan nilai Count
  • Count mengira bilangan nilai dalam senarai
  • Proses kerja:
    • gunakan satu perwakilan sebagai pembilang dan beri nilai awal pembilang = 1
    • count dikira dengan menambah  pembilang dengan 1 bagi setiap nilai yang dirujuk (pembilang = pembilang +1)
    • memaparkan nilai akhir pembilang, iaitu nilai count
10. Pengumpukan nilai dalam struktur giliran(Queue)
  • Queue ialah struktur data linear, iaitu pengumpukkan nilai dalam ruang ingatan secara teratur.
  • Queue boleh membuang nilai lama, iaitu nilai terawal yang dimasukkan. Kaedah ini dipanggil FIFO (First In, First Out)
  • Ada 2 operasi queue:
    • enqueue - memasukkan data ke dalam queue
    • dequeue - membuang data lama dalam queue
  • Operasi queue menggunakan fungsi:
      • push() - memasukkan nilai, dari arah belakang ke dalam queue
      • shift() - mengeluarkan nilai terawal yang dimasukkan (dikeluarkan melalui depan,sebab dah lama masuk melalui belakang, dan dah tergerak ke depan...)
      • unshift() - memasukkan nilai dari arah hadapan ke dalam queue
      • pop() - mengeluarkan nilai terawal yang dimasukkan(dikeluarkan melalui belakang sekali, sebab dah lama masuk melalui depan, dan dah tergerak ke belakang...)
  • Kebaikan fungsi-fungsi push(), shift(), unshift() dan pop()
        • sangat mudah digunakan kerana hanya perlu panggil sahaja fungsi-fungsi tersebut
  • Kekangan:
        • fungsi-fungsi tidak sesuai digunakan jika saiz  queue adalah besar
        • nilai-nilai perlu digerakkan kedudukannya setiap kali fungsi shift() dipanggil dan digunakan.










 

0 comments:

Post a Comment

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design