Tuesday 27 July 2021

SK T5 : Nilai-nilai Maksimum, Minimum, Mean dan Count

BT ms 148 hingga 163

(di bawah subtopik : Bahasa Penskripan Klien)

NILAI MAKSIMUM = nilai terbesar dalam suatu senarai nilai

Proses mencari nilai maksimum boleh digunakan untuk mencari:

  • bangunan tertinggi
  • jarak terpanjang


Copy aturcara nilai Maksimum di bawah dan paste ke Notepad++. Save sebagai nilaimax.html untuk melihat output langkah demi langkah.

<html>
<body>
<script>
document.write("no = [5,1,4,12,8].. isytihar pembolehubah no sebagai senarai<br>")
document.write("noMaksimum = -1.. pembolehubah noMaksimum mempunyai nilai awal -1<br>");
document.write("i.. pembolehubah i ialah indeks<br>");
document.write("bilNombor = no.length.. pembolehubah bilNombor diumpukkan dengan nilai panjang pembolehubah no<br>");
var no = [5,1,4,12,8], noMaksimum = -1, i, bilNombor = no.length;
document.write("<br> SK Ulangan FOR bermula..");
document.write("<br> i=0, indeks, i bermula 0");
document.write("<br> i < bilNombor, syarat diuji adakah indeks kurang dari bilNombor=5<br>");
for(i=0; i<bilNombor; i++)
{
document.write("<br> SK IF..<br>");
document.write("syarat adakah nilai pada indeks i [", i, "] iaitu ", no[i], " > dari noMaksimum <br>");
if (no[i] > noMaksimum)
{
document.write("YA, umpukkan nilai pada indeks i [", i, "] iaitu ", no[i], " kepada pembolehubah noMaksimum <br>");
document.write("noMAKSIMUM = ", no[i], "<br>");
noMaksimum = no[i];
}
}
document.write("<br> Papar keputusan akhir..<br>");
document.write("NILAI MAKSIMUM = ", noMaksimum);
</script>
</body>
</html>

Output:






NILAI MINIMUM = nilai terkecil dalam suatu senarai nilai.

Proses mencari nilai minimum boleh digunakan untuk mencari:
  • kotak paling ringan
  • sungai terpendek.



Copy aturcara nilai Minimum di bawah dan paste ke Notepad++. Save sebagai nilaimin.html untuk melihat output langkah demi langkah.

<html>
<body>
<script>
document.write("no = [5,-1,4,12,8].. isytihar pembolehubah no sebagai senarai<br>")
document.write("noMinimum = 999.. pembolehubah noMinimum mempunyai nilai awal 999<br>");
document.write("i.. pembolehubah i ialah indeks<br>");
document.write("bilNombor = no.length.. pembolehubah bilNombor diumpukkan dengan nilai panjang pembolehubah no<br>");
var no = [5,-1,4,12,8], noMinimum = 999, i, bilNombor = no.length;
document.write("<br> SK Ulangan FOR bermula..");
document.write("<br> i=0, indeks, i bermula 0");
document.write("<br> i < bilNombor, syarat diuji adakah indeks kurang dari bilNombor=5<br>");
document.write("i++ ialah i=i+1<br>");
for(i=0; i<bilNombor; i++)
{
document.write("<br> SK IF..<br>");
document.write("Adakah nilai pada indeks i [", i, "] iaitu ", no[i], " < dari noMinimum <br>");
if (no[i] < noMinimum)
{
document.write("YA, umpukkan nilai pada indeks i [", i, "] iaitu ", no[i], " kepada pembolehubah noMinimum <br>");
document.write("noMINIMUM = ", no[i], "<br>");
noMinimum = no[i];
}
}
document.write("<br> Papar keputusan akhir..<br>");
document.write("NILAI MINIMUM = ", noMinimum);
</script>
</body>
</html>

Output:




NILAI MEAN (PURATA) = purata nilai dalam suatu senarai nilai. 

Untuk mendapatkan purata:

1. Jumlahkan nilai-nilai dalam senarai nilai tersebut
2. Dapatkan bilangan nilai yang terdapat dalam senarai
3. Nilai mean dikira dengan membahagikan nilai jumlah dengan bilangan nilai yang terdapat dalam
senarai (Formula: Mean = Jumlah/Bilangan)




Copy aturcara nilai Mean di bawah dan paste ke Notepad++. Save sebagai nilaipurata.html untuk melihat output langkah demi langkah.

<html>
<body>
<script>
document.write("var no pembilang=0 ulang=false jumlah=0 purata=0 ialah nilai awal<br>");
document.write("no ialah pembolehubah utk simpan data nombor yg dimasukkan oleh pgguna<br>");
var no, pembilang=0, ulang=false, jumlah=0, purata=0;
document.write("no = parseInt ialah nombor yg pengguna masukkan (prompt).<br>");
document.write("parseInt() untuk tukar jenis data string kepada integer.<br><br>");
document.write("pembilang = 0<br>");
document.write("jumlah = 0<br>");
document.write("purata = 0<br>");
do
{
no = parseInt (prompt("Masukkan satu nombor:"));
document.write("<br>no = ", no, "<br>");
pembilang = pembilang + 1;
document.write("Tambah nilai pembilang sebanyak 1, pembilang = ", pembilang, "<br>");
document.write("Tambahkan jumlah ", jumlah, " kepada no ", no, "<br>");
jumlah = jumlah + no;
document.write("Jumlah = ", jumlah, "<br>");
document.write("ulang = confirm() bermaksud papar dialog box dengan button OK dan Cancel<br>");

ulang = confirm("Ulang sekali lagi?");
}while(ulang == true);
document.write("<br> while(ulang == true) untuk SELAGI tekan OK pada dialog box, tindakan diulang<br>");
document.write("Jika tidak @ Tekan CANCEL, keluar gelung");
purata = jumlah/pembilang;
document.write("<br> purata = jumlah/pembilang ",jumlah, "/", pembilang, "<br>");
document.write("<br> Papar keputusan akhir..<br>");
document.write("NILAI MEAN @ PURATA  = ", purata);
</script>
</body>
</html>

Output:






COUNT = bilangan nilai yang terdapat dalam suatu senarai.

Untuk mengira dan mendapatkan nilai count:

1. Menggunakan suatu perwakilan sebagai pembilang. Berikan nilai awalan pembilang sebagai 1.
2. Nilai count dikira dengan menambah pembilang dengan 1 bagi setiap nilai yang dicapai atau dirujuk         (Formula: pembilang = pembilang + 1).
3. Memaparkan nilai akhir pembilang, iaitu nilai count.






Copy aturcara nilai Count di bawah dan paste ke Notepad++. Save sebagai nilaicount.html untuk melihat output langkah demi langkah.

<html>
<body>
<script>
document.write("var nama, pembilang = 0, ulang = false ialah nilai awal<br>");
document.write("nama ialah pembolehubah utk simpan data nama yg dimasukkan oleh pgguna<br>");
var nama, pembilang = 0, ulang = false;

document.write("do ialah ulangan jika ingin menerima nilai baru<br>");
do
{
document.write("nama = prompt() untuk minta pengguna masukkan nama<br>");
nama = prompt("Masukkan nama anda:");
document.write("<br>nama = ", nama, "<br>");
pembilang = pembilang + 1;
document.write("Tambah nilai pembilang sebanyak 1, pembilang = ", pembilang, "<br>");

ulang = confirm("Ulang sekali lagi?");
document.write("ulang = confirm() bermaksud papar dialog box dengan button OK dan Cancel<br>");
}while(ulang == true);
document.write("<br> while(ulang == true) untuk SELAGI tekan OK pada dialog box, tindakan diulang<br>");
document.write("Jika tidak @ Tekan CANCEL, keluar gelung<br>");

document.write("<br> Papar keputusan akhir..<br>");
document.write("NILAI PEMBILANG = ", pembilang);
</script>
</body>
</html>

Output:






Berikut pautan yang bagus utk tajuk ini...

Untuk lebih faham tentang nilai MAKSIMUM, MINIMUM dan MEAN(PURATA), rujuk pautan youtube Teacher Azah di sini.  Untuk COUNT, rujuk di sini.

Penerangan nilai MAKSIMUM dan MINIMUM daripada Cikgu Syedila di sini. Untuk MEAN dan COUNT di sini.

Terima kasih banyak-banyak cikgu. Saya pautkan di sini utk mudah dirujuk.

0 comments:

Post a Comment

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design