ASK T2 : 3.1.3 Jenis Operator dalam Python (Perbandingan,Logik, Tambahan)
OPERATOR ialah simbol ==, !=, >, <, <=, >=
OPERAN ialah nilai dalam pembolehubah, biasanya angka atau huruf.
Output bagi operasi hubungan akan memberi nilai sama ada TRUE(Benar) atau FALSE(Palsu).
Cuba copy paste kod aturcara ini ke IDLE Python dan laksanakan untuk mendapatkan outputnya.
#Latihan 1: Operator Perbandingan
a=int(80)
b=int(35)
print(a>b)
print(a==b)
print(a!=b)
OPERATOR LOGIK juga dikenali sebagai OPERATOR BOOLEAN.
Operator Logik akan menghasilkan output sama ada TRUE (Benar) atau FALSE(Palsu), salah satu sahaja.
Contoh, cuba copy paste kod aturcara ini ke IDLE Python dan laksanakan untuk mendapatkan outputnya.
#Latihan 1 : BOOLEAN
x = True
y = False
print("x AND y adalah ", x and y)
print("x OR y adalah ", x or y)
print("NOT x adalah ", not x)
print("NOT y adalah ", not y)
Cuba copy paste kod aturcara ini ke IDLE Python dan laksanakan untuk mendapatkan outputnya.
#Latihan Operator Tambahan
print("ATURCARA MENGGUNAKAN OPERATOR EKSPONEN, FLOOR DIVISION DAN MODULUS\n")
#fungsi input untuk terima input dari pengguna
nom1 = int(input("Masukkan nombor pertama : "))
nom2 = int(input("Masukkan nombor kedua : "))
#operator eksponen
kuasa = nom1 ** nom2
#operator floor division
hasilbahagi = nom1 // nom2
#operator modulus
hasilbaki = nom1 % nom2
#fungsi output untuk papar hasil
print("\nEKSPONEN : Operan kanan dikuasakan dengan operan kiri:")
print(nom1, "**", nom2, "=", kuasa)
print("\nFLOOR DIVISION : Operan kanan dibahagikan dengan operan kiri, diambil hasil bahagi:")
print(nom1, "//", nom2, "=", hasilbahagi)
print("\nMODULUS : Operan kanan dibahagikan dengan operan kiri, diambil baki:")
print(nom1, "%", nom2, "=", hasilbaki)
HIMPUNAN LATIHAN BERKAITAN OPERATOR
Latihan 1:
Kod Segmen yang melibatkan Operator Tambahan Matematik
Kod Segmen yang melibatkan Operator Tambahan Matematik
Latihan 2:
Gabungan pelbagai jenis OPERATOR...
Gabungan pelbagai jenis OPERATOR...
- Operator Matematik
- Operator Tambahan Matematik
- Operator Perbandingan
- Operator Logik / Boolean
Latihan 3:
0 comments:
Post a Comment