Saturday, 21 September 2019

ASK T3 : Pernyataan SQL melibatkan Ungkapan Boolean

NOTA
4.1.8 Penggunaan Pernyataan SQL Melibatkan Ungkalan Boolean @ Operator Logik (AND, OR, NOT)
  1. Operator Boolean / Operator Logik digunakan untuk menggabungkan 2 atau lebih kriteria / syarat bagi menghasilkan satu ungkapan boolean.
  2. Hasil dari ungkapan Booelan ialah TRUE(BENAR) atau FALSE(PALSU).
  3. Penggunaan operator logik membenarkan pelbagai kriteria atau syarat digabungkan untuk menghasilkan pertanyaan (query) yang lebih kompleks untuk mencapai data yang dikehendaki.
Pernyataan SQLSintaks Umum

Operator OR
  • untuk menggabungkan 2 kriteria (A atau B)
  • Nilai Boolean / Logik BENAR akan dipulangkan jika salah satu kriteria A atau B adalah BENAR


SELECT atribut1,  atribut2, ......., atribut-N
FROM nama_jadual
WHERE kriteria_1 OR kriteria_2;


Operator AND
  • untuk menggabungkan 2 kriteria (A dan B)
  • Nilai Boolean / Logik BENAR akan dipulangkan jika kedua-dua kriteria A dan B adalah BENAR.

SELECT atribut1,  atribut2, ......., atribut-N

FROM nama_jadual
WHERE kriteria_1 AND kriteria_2;


Berikut adalah Jadual Kebenaran  AND dan OR.

0 comments:

Post a Comment

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design