Friday 20 September 2019

ASK T1 T2 : LATIHAN BAB 3 : PEMBANGUNAN ALGORITMA

LATIHAN.
Isikan jawapan dalam ruang yang disediakan.
No.Soalan
 Jawapan



 1.


"Arahan ini tidak mengulang pelaksanaan atur cara kerana ia bukan arahan ulangan". Pernyataan ini berkaitan Struktur Kawalan _________.

 2.


"Satu urutan langkah-langkah untuk menyeleaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan" merujuk kepada definisi _________.

 3


"Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer, dimulai dengan MULA dan diakhiri dengan TAMAT." merujuk kepada definisi _________.
 



 4.


Nyatakan simbol untuk memulakan dan menamatkan aktiviti dalam carta alir.

 5.


_________  ialah alternatif kepada pseudokod menggunakan simbol grafik untuk mewakili arahan-arahan penyelesaian.

 6.


"Gambar rajah yang menggunakan simbol-simbol geometri untuk menunjukkan langkah-langkah dalam algoritma" merujuk kepada definisi ____________.

 7.


Simbol segiempat selari dalam carta alir ialah simbol ____________.

 8.


 ________ ialah kesilapan atau kesalahan  yang menyebabkan sesuatu algoritma atau aturcara berhenti berfungsi.

 9.


Teknik semakan ralat terbahagi kepada 2 iaitu teknik ____________ dan teknik ____________.

 10.


Struktur Kawalan yang mempunyai hanya satu cabang pilihan dan menggunakan kenyataan 'if'  dikenali sebagai Struktur Kawalan  ________________________.

 11.


Struktur kawalan yang mempunyai lebih dari dua cabang pilihan dan menggunakan kenyataan "if...elif....else" ialah Struktur Kawalan _______________.

12.


Struktur Kawalan Ulangan _____________ dikawal oleh bilangan lelaran yang ditentukan. 

 13.


Struktur Kawalan yang mempunyai dua cabang pilihan dan menggunakan kenyataan "if.....else"  ialah Struktur Kawalan _________________.

 14.


Struktur Kawalan Ulangan _____________ dikawal dengan bilangan lelaran yang tidak diketahui.

0 comments:

Post a Comment

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design