2. ISIHAN - proses mengisih atau menyusun item dalam senarai mengikut tertib menaik atau menurun.
3. Carian terbahagi kepada 2 :
a) Carian Linear
- mudah dan sesuai untuk senarai yang tidak diisih.
- berkesan pada senarai yang mempunyai bilangan item yang sedikit
- Keburukan :- Kurang sesuai digunakan untuk bilangan item yang banyak kerana perlu menyemak semua item dalam senarai dari mula satu persatu.
- Cara kerja:
- Carian dimulai dengan membandingkan item carian dengan item pertama dalam senarai. Adakah item carian sama dengan item pertama? Jika Ya, maka carian dijumpai.
- Jika tidak, carian diteruskan ke item kedua dan ketiga dan seterusnya.
- Jika di akhir senarai, item carian masih tidak sama dengan item dalam senarai, maka Carian tamat tanpa hasil.
b) Carian Binari
- diguna pada senarai yang sudah diisih
- sesuai untuk senarai yang mempunyai bilangan item yang banyak.
- lebih menjimatkan masa kerana tidak perlu menyemak semua item dalam senarai.
- Kebaikan :- Lebih efisien untuk bilangan item yang banyak.
- Cara kerja:
- Teknik ini mencari nilai item tengah dalam senarai... [formula = (indeks awal + indeks akhir)/2] Item carian akan dibandingkan dengan item tengah itu...
- Semakan dilakukan sama ada item carian sama dengan item tengah itu? Jika sama; Carian dijumpai
- Jika item carian lebih besar dari item tengah, maka item tengah dan semua item yang kurang daripadanya akan dibuang.
- Jika item carian lebih kecil dari item tengah, maka item tengah dan semua item yang lebih besar akan dibuang.
- Ulang Proses 2 hingga 4 sehingga item dijumpai.
4. Isihan terbahagi kepada 2:
a) Isihan Buih
- diguna pada senarai yang mempunyai item yang sedikit.
- Cara kerja:
- Bandingkan item pertama dan item kedua dalam senarai
- Jika kedua-dua item tidak mengikut urutan, tukar kedudukan!
- Ulang langkah 1 hingga 2 untuk item kedua dan ketiga, ketiga dan keempat dan seterusnya hingga akhir senarai.
- Semak senarai untuk memastikan semua item berada dalam urutan kedudukan yang betul.
- Ulang proses 1 hingga 5 sehingga semua item dalam senarai diisih ukit urutan.
b) Isihan Baldi
- sesuai untuk senarai yang mempunyai bilangan item yang banyak.
- Cara kerja:
- Asingkan item-item dalam senarai mengikut urutan tertentu dan masukkan ke dalam beberapa baldi
- Seterusnya item dalam baldi diisih dan disusun semula dalam bentuk senarai.
- *Bilangan baldi yang diperlukan bergantung kepada pengaturcara dan bilangan item dalam senarai yang perlu diisih.
Perbezaan dan Persamaan Carian dan Isihan:
CARIAN (SEARCH)
|
ISIHAN (SORT)
|
mencari item tertentu dalam senarai | mengisih atau menyusun item-item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun |
| |
terima kasih :)
ReplyDelete