Wednesday, 8 September 2021

ASK T3 : 4.1.2 Entiti dan Atribut

ASK T3_4.1.2_4.1.3_4.1.4 Entiti Atribut Kunci Kardinaliti




4.1.2

ENTITI DAN ATRIBUT



Nota buku teks ms 118

Pangkalan data antara pelbagai organisasi adalah berbeza disebabkan setiap organisasi mempunyai entiti-entiti dan atribut-atribut yang  berlainan. Komponen pangkalan data terdiri daripada entiti dan atribut.

Definisi :
ENTITI - satu kumpulan objek yang sama jenis
ATRIBUT- sifat yang menerangkan ciri-ciri entiti

ENTITI
  • bersifat unik
  • wujud dalam persekitaran di mana pangkalan data berada
  • Contoh entiti : orang, tempat atau benda
  • mempunyai data mengenainya yang boleh dikutip dan disimpan.
  • diwakili oleh simbol segi empat dalam gambar rajah perhubungan entiti
ATRIBUT
  • menerangkan ciri-ciri entiti
  • mempunyai salah satu atau lebih ciri
  • merupakan lajur dalam jadual pangkalan data
  • diwakili oleh bentuk bulatan bujur dalam gambar rajah perhubungan entiti
Dalam pangkalan data, setiap entiti diwakili oleh satu jadual, juga disebut jadual hubungan.
Jadual hubungan terdiri daripada beberapa lajur (medan) yang mewakili atribut.
Setiap baris dalam entiti mewakili rekod. 
Satu rekod mewakili data bagi setiap atribut yang ada dalam entiti.










Untuk lebih pemahaman, boleh ke link Youtube:


#cikgootube #ASK

#2.Entiti Dan Atribut|Asas Sains Komputer

Terima kasih guru yang menghasilkan video yang begitu menarik.. Saya kongsikan di sini untuk mudahkan rujukan..


LATIHAN :
Senaraikan entiti-entiti yang mungkin bagi situasi berikut:

a) Sekolah
b) Perpustakaan
c) Hospital

Senarai atribut-atribut yang mungkin bagi entiti-entiti berikut:

a) MATAPELAJARAN
b) MURID
c) BUKU
d) PRODUK
e) PEKERJA


4.1.3
Kekunci Primer dan Kekunci Asing

4.1.4

Kekardinalan 

(Cardinality) antara Entiti

dalam Hubungan




Wednesday, 1 September 2021

ASK T1: BAB 4 KOD ARAHAN Pengenalan 4.1.1

 












Langkah-langkah menggunakan Scratch Online for beginners (first timers).. Boleh diguna melalui smartphone atau komputer, tak perlu install.


Mula-mula, buka pelayar web, Google Chrome .
Taipkan scratch.mit.edu

Untuk pengguna kali pertama, klik JOIN SCRATCH.
Untuk pengguna lama yang sudah daftar, klik SIGN IN.






Selepas klik/pilih imej yang dikehendaki, klik VERIFY.








Klik Save Now


Semua projek Scratch yang kita bangunkan disimpan dalam MY STUFF, di bawah dropdown username kita (atas, kanan).
Untuk melibat balik / membuka semula projek yang pernah kita bangunkan sebelum ini, 
klik MY STUFF


Pilih fail projek yang kita nak buka, klik SEE INSIDE untuk melihat kod aturcara.




Saturday, 28 August 2021

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design