ASK T3_4.1.2_4.1.3_4.1.4 Entiti Atribut Kunci Kardinaliti
4.1.2
ENTITI DAN ATRIBUT
Nota buku teks ms 118
Pangkalan data antara pelbagai organisasi adalah berbeza disebabkan setiap organisasi mempunyai entiti-entiti dan atribut-atribut yang berlainan. Komponen pangkalan data terdiri daripada entiti dan atribut.
Definisi :
ENTITI - satu kumpulan objek yang sama jenis
ATRIBUT- sifat yang menerangkan ciri-ciri entiti
ENTITI
- bersifat unik
- wujud dalam persekitaran di mana pangkalan data berada
- Contoh entiti : orang, tempat atau benda
- mempunyai data mengenainya yang boleh dikutip dan disimpan.
- diwakili oleh simbol segi empat dalam gambar rajah perhubungan entiti
ATRIBUT
- menerangkan ciri-ciri entiti
- mempunyai salah satu atau lebih ciri
- merupakan lajur dalam jadual pangkalan data
- diwakili oleh bentuk bulatan bujur dalam gambar rajah perhubungan entiti
Jadual hubungan terdiri daripada beberapa lajur (medan) yang mewakili atribut.
Setiap baris dalam entiti mewakili rekod.
Satu rekod mewakili data bagi setiap atribut yang ada dalam entiti.
Untuk lebih pemahaman, boleh ke link Youtube:
#2.Entiti Dan Atribut|Asas Sains Komputer
Terima kasih guru yang menghasilkan video yang begitu menarik.. Saya kongsikan di sini untuk mudahkan rujukan..
LATIHAN :
Senaraikan entiti-entiti yang mungkin bagi situasi berikut:
a) Sekolah
b) Perpustakaan
c) Hospital
Senarai atribut-atribut yang mungkin bagi entiti-entiti berikut:
a) MATAPELAJARAN
b) MURID
c) BUKU
d) PRODUK
e) PEKERJA
a) Sekolah
b) Perpustakaan
c) Hospital
Senarai atribut-atribut yang mungkin bagi entiti-entiti berikut:
a) MATAPELAJARAN
b) MURID
c) BUKU
d) PRODUK
e) PEKERJA
4.1.3
Kekunci Primer dan Kekunci Asing
4.1.4
Kekardinalan
(Cardinality) antara Entiti
dalam Hubungan
0 comments:
Post a Comment