PdPr 16 Mac 2021
2.1.4 Membanding Kaedah Sifer
Sebelum seorang pengirim menghantar sesuatu mesej sulit, pengirim perlu mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan kaedah sifer yang dipilih. Tujuannya adalah untuk memastikan mesej sulit yang dihantar oleh pengirim selamat, iaitu tidak mudah diceroboh dan mesej sulit tersebut boleh dinyahsulit oleh penerima.
2.1.5 Pemilihan Kaedah Sifer Terbaik
Pemilihan penggunaan kaedah sifer untuk penyulitan sesuatu mesej adalah bergantung kepada situasi. Pengirim boleh memilih kaedah sifer yang hendak digunakan mengikut tahap kerahsiaan sesuatu mesej.
Jika sesuatu mesej itu kurang penting atau tahap kerahsiaannya rendah, kaedah Reverse cipher atau Pigpen Cipher boleh digunakan. Kedua-dua kaedah sifer ini mudah digunakan untuk menyulit atau menyahsulit mesej.
Bagi mesej yang dikategorikan sebagai tahap kerahsiaan sederhana dan tinggi, kaedah cipher yang sesuai ialah Rail Fence Cipher dan Columnar Transposition kerana kaedah-kaedah sifer ini memerlukan kunci untuk menyulit dan menyahsulit mesej.
LATIHAN SUMATIF:
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
0 comments:
Post a Comment