Wednesday 11 March 2020

SK T4 : Siri Berkenalan dengan JAVA


BAGAIMANA JAVA MENERIMA INPUT???
  • Dalam aturcara JAVA, input dimasukkan dengan menggunakan class Scanner.
  • JAVA mempunyai banyak predefined class yang disimpan dalam bentuk pakej.
  • Class Scanner disimpan dalam pakej java.util
  • Class Scanner ini dipanggil menggunakan katakunci import.
  • Kita boleh sama ada import java.util.Scanner (import java.util.Scanner;) ATAU import keseluruhan pakej java.util (import java.util.*;). Hanya perlu tulis salah satu sahaja!!
  • Untuk import class atau pakej, kita perlu menambah satu baris  pada bahagian mula/bahagian atas aturcara.
import java.util.Scanner;  //fungsinya utk import class  Scanner sahaja.
import java.util.*;     //fungsinya untuk import keseluruhan pakej java.util
  • Selepas import, kita perlu menulis pernyataan ini:
Scanner masuk= new Scanner (System.in);

  • Dengan menulis Scanner input, kita mengisytiharkan masuk sebagai objek bagi class Scanner.
  • System.in  pula memberitahu JAVA bahawa ini ialah input kepada sistem.(maksudnya ada input akan dimasukkan ke dalam sistem)

BAGAIMANA MEMASUKKAN DATA KE DALAM JAVA?

Kita hanya perlu menulis arahan untuk memasukkan data ke dalam aturcara JAVA. Contohnya:

int nombor;
nombor = masuk.nextInt();    //masuk ialah objek bagi class Scanner.

  • Pernyataan nombor = masuk.nextInt();  diguna untuk input nilai integer (daripada pengguna) bagi pembolehubah nombor.
  • nextInt() ialah method bagi objek masuk, dalam class Scanner.
  • Kita juga boleh input nilai bagi jenis data yang lain menggunakan method yang berbeza. Berikut ialah senarai method bagi jenis data input yang berbeza.
Method Data types of Input
nextInt() Integer
nextFloat() Float
nextDouble() Double
nextLong Long
nextShort() Short
next() Single Word
nextLine() Line of Strings
nextBoolean() Boolean


0 comments:

Post a Comment

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design