Sunday 27 October 2019

ASK T2 : BAB 3 NOTA BACA DAN INGAT

BACA dan INGAT!!



1.PERSEKITARAN KOD ARAHAN merujuk kepada persediaan terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan. Contohnya sambungan ke internet, pelayar web dan perisian aplikasi yang diperlukan untuk pembangunan aturcara.

2.Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri. Ada 3 jenis penterjemah iaitu PENGHIMPUN, PENGKOMPIL dan PENTAFSIR.

3.DOUBLE / FLOAT ialah nombor yang tidak mempunyai bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan.

4.CHAR ialah jenis data yang mewakili aksara (character) seperti huruf, abjad, angka dan simbol.

5.Jenis data STRING ialah perkataan yang dibina daripada aksara. Ia terdiri daripada  satu urutan aksara-aksara yang berjujukan yang membentuk satu rentetan.

6.Simbol _,__ menggabungkan 2 string dengan satu ruang kosong manakala simbol _+_ menggabungkan dua string tanpa sebarang ruang kosong.

7.Format fail extension bagi Python ialah *.py

8.Python tidak menyokong jenis data CHAR dan DOUBLE

9.Fungsi Input digunakan  untuk mendapatkan data input daripada pengguna manakala Fungsi Output merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer.

10.Operator PERBANDINGAN digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri operator dengan nilai disebelah kanan operator. Hasil kepada hubungan perbandingan ialah nilai logik iaitu BENAR atau PALSU.

11.Operator logik/Boolean OR akan menghasilkan output benar jika salah satu keadaan adalah benar.

12.Struktur kawalan JUJUKAN mempunyai satu aliran sehala mengikut urutan secara linear.

13.Struktur kawalan PILIHAN BERSARANG terdiri daripada beberapa struktur pilihan yang terbenam bersama.

14.Struktur Kawalan Ulangan ada 2 jenis iaitu Struktur Kawalan UNTUK dan Struktur Kawalan SELAGI .

15.RALAT atau kesilapan dalam aturcara sering dirujuk sebagai pepijat.

16.Proses mencari dan menghapuskan ralat dipanggil PENYAHPEPIJAT


17.Dalam Struktur Kawalan Ulangan Untuk (for), kadangkala fungsi range() digunakan untuk menentukan bilangan lelaran struktur kawalan for harus berulang. Fungsi range() ada 3 iaitu range(henti),  range(mula,henti) dan range(mula, henti, langkau). Nombor yang digunakan dalam fungsi range disebut PARAMETER.




0 comments:

Post a Comment

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design