Sunday, 27 October 2019

ASK T2 : JENIS DATA DALAM PYTHON

Rujukan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Sila klik pautan di bawah:
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/bahan-sokongan/category/301-ask-tingkatan-2














ASK T2 : LATIHAN






ASK T2 : BAB 3 NOTA BACA DAN INGAT

BACA dan INGAT!!



1.PERSEKITARAN KOD ARAHAN merujuk kepada persediaan terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan. Contohnya sambungan ke internet, pelayar web dan perisian aplikasi yang diperlukan untuk pembangunan aturcara.

2.Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri. Ada 3 jenis penterjemah iaitu PENGHIMPUN, PENGKOMPIL dan PENTAFSIR.

3.DOUBLE / FLOAT ialah nombor yang tidak mempunyai bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan.

4.CHAR ialah jenis data yang mewakili aksara (character) seperti huruf, abjad, angka dan simbol.

5.Jenis data STRING ialah perkataan yang dibina daripada aksara. Ia terdiri daripada  satu urutan aksara-aksara yang berjujukan yang membentuk satu rentetan.

6.Simbol _,__ menggabungkan 2 string dengan satu ruang kosong manakala simbol _+_ menggabungkan dua string tanpa sebarang ruang kosong.

7.Format fail extension bagi Python ialah *.py

8.Python tidak menyokong jenis data CHAR dan DOUBLE

9.Fungsi Input digunakan  untuk mendapatkan data input daripada pengguna manakala Fungsi Output merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer.

10.Operator PERBANDINGAN digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri operator dengan nilai disebelah kanan operator. Hasil kepada hubungan perbandingan ialah nilai logik iaitu BENAR atau PALSU.

11.Operator logik/Boolean OR akan menghasilkan output benar jika salah satu keadaan adalah benar.

12.Struktur kawalan JUJUKAN mempunyai satu aliran sehala mengikut urutan secara linear.

13.Struktur kawalan PILIHAN BERSARANG terdiri daripada beberapa struktur pilihan yang terbenam bersama.

14.Struktur Kawalan Ulangan ada 2 jenis iaitu Struktur Kawalan UNTUK dan Struktur Kawalan SELAGI .

15.RALAT atau kesilapan dalam aturcara sering dirujuk sebagai pepijat.

16.Proses mencari dan menghapuskan ralat dipanggil PENYAHPEPIJAT


17.Dalam Struktur Kawalan Ulangan Untuk (for), kadangkala fungsi range() digunakan untuk menentukan bilangan lelaran struktur kawalan for harus berulang. Fungsi range() ada 3 iaitu range(henti),  range(mula,henti) dan range(mula, henti, langkau). Nombor yang digunakan dalam fungsi range disebut PARAMETER.




Thursday, 24 October 2019

SK T5 : RUMUSAN GET LOGIK

GET LOGIK

Buku Teks ms 45




Bacaan Tambahan:
Very good explanation from Mr Sayom_Sarkar (Sayom Sarkar, B.Tech. Electronics and Communication Engineering (2019))  https://www.quora.com/profile/Sayom-Sarkar
at this link: https://www.quora.com/What-is-the-difference-between-basic-gates-and-universal-gate
Thank you Mr Sayom Sarkar..







A good summarization about gate logic by Mr Alvin Hudson 
Click to read more.....




Untuk lebih pemahaman,boleh rujuk Youtube yang disediakan oleh 
Penerangan yang sangat jelas. Terima kasih Cikgu.

Saya letak pautan di sini ya untuk memudahkan rujukan :

Pautan yang bagus untuk bacaan lanjut tentang get logik:

Untuk latihan yang bagus berkaitan get logik, rujuk laman ini:

SK T4 : BAB 3 : 3.2 PAPARAN DAN REKABENTUK SKRIN

NOTA BAB 3:
Subtopik 3.2

Rujukan : Buku Teks Sains Komputer Tingkatan 4

ms 326

BAB 3 : INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER
Standard Kandungan : 3.2 PAPARAN DAN REKABENTUK SKRIN





Buku teks SK T4 ms 326 : 



Berikut  ialah 4 proses yang terlibat untuk mendapatkan paparan skrin produk interaktif  yang baik.




SK T4 : BAB 3 : 3.1 Reka Bentuk Interaksi

Rujukan : Buku Teks Sains Komputer Tingkatan 4

ms 315


BAB 3 : INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER
Standard Kandungan : 3.1 REKABENTUK INTERAKSI

Interaksi = tindakan @ perhubungan aktif antara satu dengan lain

Interaksi manusia dan komputer melibatkan kajian tentang cara teknologi komputer mempengaruhi kerja dan aktiviti manusia.

Kenapa Rekabentuk Interaksi penting???    Penting dalam membangunkan produk/aplikasi kerana rekabentuk yang menarik dan mudah digunakan akan menyebabkan pengguna selesa dan seronok menggunakan produk/aplikasi/sistem tersebut.

Rekabentuk = susun atur teks, gambar, butang dan menu dalam sesuatu produk.

Interaksi = tindakan manusia semasa menggunakan sesuatu produk.

Rekabentuk perlu mengambilkira penerimaan pengguna dari pelbagai peringkat umur dan persekitaran. Rekabentuk dan paparan yang ringkas, mudah dan menarik, akan membuatkan pengguna ingin menggunakannya dalam kehidupan harian.

Bagi menghasilkan rekabentuk interaksi yang baik. terdapat 8 prinsip yang perlu dipatuhi:



3.1.1 Keperluan Interaksi antara Manusia dengan Komputer

Interaksi antara manusia dan komputer perlu bersifat jelas, intuitif dan semula jadi supaya sesuai digunakan oleh pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat.


3.1.2 Menilai Produk Interaktif berdasarkan Tujuan dan Prinsip Asas reka Bentuk Interaktif

Setiap produk yang dibangunkan perlu dinilai supaya produk itu dapat memberi kepuasan kepada pengguna.

Antara kaedah yang boleh digunakan utk menilai sesuatu produk interaktif ialah:
  • kaedah temubual
  • pemerhatian
  • soal selidik
  • perbincangan ahli kumpulan
  • refleksi
Soal selidik digunakan untuk menilai kebolehgunaan sesuatu produk berdasarkan prinsip asas rekabentuk interaksi. Terdapat 2 bentuk instrumen penilaian yang biasa digunakan untuk menghasilkan soal selidik itu:

ASK T1 : Soalan Ulangkaji Mudah Akhir Tahun











Monday, 21 October 2019

SK T4 : BAB 2 : 2.1.3 ENTITI, ATRIBUT, SET HUBUNGAN DAN KEKARDINALAN

Rujukan : Buku Teks Sains Komputer Tingkatan 4

ms 209

BAB 2 : PANGKALAN DATA
Standard Kandungan : 2.1 PANGKALAN DATA HUBUNGAN
2.1.3 ENTITI, ATRIBUT, SET HUBUNGAN DAN KEKARDINALAN



ENTITI 
- objek unik yang boleh dikenalpasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, konsep, tempat, objek, peristiwa.
Contoh : MURID, KELAS, PEKERJA, PELANGGAN


ATRIBUT 
- ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti
Contoh : no_KP, ID_Pelanggan. Kelas, Nama, Alamat


SET HUBUNGAN
- perkaitan antara dua entiti atau lebih
- merujuk kepada perbuatan dan selalunya diwakili oleh kata kerja
- entiti pertama ialah entiti subjek
- entiti kedua ialah entiti objek
- diwakili oleh simbol rombus dalam ERD


KEKARDINALAN
- hubungan antara entiti
- menyatakan bilangan entiti yang boleh dihubungkan dengan entiti lain melalui set hubungan.
- ada 3 jenis kekardinalan : satu ke satu (1:1) , satu ke banyak (1:M) dan banyak ke banyak (M:N)


Thursday, 10 October 2019

SK T5 : ASK T1 : LATIHAN HTML

LATIHAN 1:

<html>_____(a)______ <title>_____(b)______    _____(c)______
</head>

_____(d)______ <p>Tips melancong ke Pulau Langkawi:</p>
_____(e)______
<li>Pilih Laluan Yang Lebih Singkat Untuk Menjimatkan Masa, sama ada menaiki feri atau kapal terbang. _____(f)______
<li> _____(g)______ </li>
<li>Tempah Penginapan Sebelum Tiba Di Langkawi</li></ol>

<p>_____(h)______:</p>
<ul> <li>Pantai Chenang</li> 
<li>Tasik Dayang Bunting</li> 
<li>_____(i)______ </li>
_____(j)______ Beras Terbakar</li> 
<li>Skybridge - Gunung Mat Chincang _____(k)______   _____(l)______

<p>Pilihan tempat membeli-belah di Pulau Langkawi:</p>
_____(m)______
<option value="idaman_suri">IDAMAN SURI_____(n)______
<option value="ram_home_decor">RAM HOME DECOR</option>
<_____(o)______  "haji_ismail_group">HAJI_ISMAIL_GROUP</option>
<option value="langkawi_fair">_____(p)______ </option>
<option value="jetty_point">_____(q)______ </option>
</select><p>

Klik <_____(r)______ ="http://www.langkawi-info.com/"> _____(s)______ _____(t)______  untuk maklumat lanjut.</p>

<center><img src="lang1.jpg" width="50%" height="40%">
<p>Langkawi adalah pulau yang sangat cantik..</p></center>
</body>
_____(u)______





LATIHAN 2:


<html>______(a)_______
<title>______(b)_______</title></head>

<form action="action_page.php">
    <h1><center>LOGIN PENGGUNA______(c)_______</h1>
    <hr>

<table>
<tr><td>______(d)_______</td>
<td><input type="text" name="username”> ______(e)_______
</tr>             
           
______(f)_______<td>______(g)_______</td>
<td><input type="password" name="password”>
</td></tr>  

<tr><td colspan="2" align="center">
<button type="submit" value="login">______(h)_______</button>
</td></tr>
______(i)_______

<hr></form>
______(j)_______
______(k)_______


LATIHAN 3:

_____(a)_____<head>
<title>_____(b)_____</title></head>

<banner><_____(c)_____"images/donaldintro.jpg" width="25%" height="20%"><img src="images/donaldkids.jpg" width="25%" height="20%">_____(d)_____  <body>
<h1>_____(e)_____  _____(f)_____
<p>Kartun kegemaran saya ialah <b>_____(g)_____</b>.
Donald Duck adalah salah satu watak Disney yang merupakan seekor itik.<br>
Donald ditampilkan dengan mengenakan baju kelasi biru.<br>
Donald muncul buat pertama kali pada 9 Jun 1934 dalam kartun "The Wise Little Hen"._____(h)_____

<h3>_____(i)_____</h3>
_____(j)_____
<li>Sebab <b>DONALD DUCK</b> mempunyai suara itik yang unik. ___(k)___
<li><b>DONALD DUCK</b> suka membuat kecoh dalam setiap siri kartunnya.</li> <li><b>DONALD DUCK</b> _____(l)_____</li> </ul>

<form>
<h4>Siapakah karakter kegemaran anda dalam Siri <b>DONALD DUCK</b>?   </h4>  <label>_____(m)_____</<label>
<select>
    <option value="donald">DONALD DUCK_____(n)_____
    <_____(o)_____>DAISY</option>
    <option value="huey">HUEY</option>
    <option value="dewey">_____(p)_____</option>
    <option value="louie">LOUIE</option>
_____(q)_____ <br><br><br><br><br><br>
<label>Nyatakan sebab kenapa anda suka karakter yang dipilih: ___(r)___<br>
_____(s)_____ --taip di sini--</textarea>
<br>
           
<input type="submit" value="_____(t)_____">
_____(u)_____  </body>
</html>



LATIHAN 1:



LATIHAN  2:



LATIHAN 3:



Monday, 7 October 2019

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design