Saturday 20 October 2018

ASK T2 TUGASAN PROJEK AKHIR TAHUN PYTHON (...samb soalan 5,6,7)


ASK TINGKATAN 2 (21/10/2018)

TUGASAN PROJEK AKHIR TAHUN : PYTHON

#💀💣😁


SOALAN 5:

Bangunkan aturcara python yang berkaitan slip keputusan ringkas peperiksaan di sekolah anda.
Aturcara akan memaparkan date dan time secara automatic dari computer. (sila google J)

Kemudian,  aturcara akan meminta pengguna memasukkan nama dan kelas.
Gunakan struktur kawalan gelung for untuk meminta pengguna memasukkan markah bagi subjek BM, BI, MATH dan SAINS.
Bagi setiap subjek, aturcara akan memaparkan gred yang berkenaan.
Seterusnya aturcara akan menjumlahkan semua markah  dan memaparkan purata keseluruhan di akhir slip peperiksaan.
Jika purata keseluruhan ialah 80 dan keatas, paparkan keputusan keseluruhan ialah CEMERLANG.
Jika purata keseluruhan ialah 60 dan keatas, paparkan keputusan keseluruhan ialah SEDERHANA.
Jika purata keseluruhan ialah 50 dan keatas, paparkan keputusan keseluruhan ialah BAIK.
Jika tidak, paparkan keputusan keseluruhan ialah MEMUASKAN.
Berikut ialah output yang mungkin bagi aturcara di atas.

a)            Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)            Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5 markah]
c)            Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]





Contoh Output 1




Contoh Output 2





SOALAN 6:
Syarikat anda mempunyai kepakaran menghasilkan 4 jenis sos iaitu SOS CILI, SOS TOMATO, SOS TIRAM dan SOS LADA HITAM. Kesemua  jenis sos tersebut dijual di rangkaian kedai milik anda. Bangunkan aturcara python untuk mengeluarkan resit pembelian sos dari syarikat anda.
Aturcara akan memaparkan date dan time secara automatic dari computer. (sila google J)

Kemudian,  aturcara akan memaparkan senarai sos yang dikeluarkan oleh syarikat anda.
Aturcara akan meminta pengguna memasukkan input Boolean Y atau T untuk membuat pembelian?
Contoh arahan, 'Mahu Beli Sos?' dan pengguna akan memasukkan jawapan sama ada Y untuk Ya atau T untuk Tidak.
Sekiranya input adalah Y, gunakan gelung While untuk menguji syarat input.
Aturcara akan meminta pengguna membuat pilihan jenis sos yang ingin dibeli dengan menaip 1 untuk SOS CILI, 2 untuk SOS TOMATO, 3 untuk SOS TIRAM dan 4 untuk SOS LADA HITAM.

Berdasarkan pilihan pengguna, inta pengguna masukkan bilangan botol yang hendak dibeli. Kemudian aturcara akan memaparkan jenis sos, bilanganbotol darab hargasebotol bersamaan hargasos.

Seterusnya aturcara akan bertanya kepada pengguna sama ada untuk membeli lagi atau tidak?

Akhirnya, aturcara akan menjumlahkan kesemua harga sos tersebut.

Jika jumlah harga ialah 100 atau lebih, diskaun RM10 akan diberi.
Jika tidak diskaun tidak akan diberi.

Paparan output di bawah boleh digunakan sebagai rujukan.

a)            Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)            Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5markah]
c)            Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]

Contoh Output 1


                                             Contoh Output 2



SOALAN 7:
Anda perlu membangunkan satu aturcara kalkulator ringkas yang hanya boleh melaksanakan 4 operasi aritmatik asas iaitu TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI.

Aturcara akan memaparkan date dan time secara automatic dari computer. (sila google J)

Kemudian,  aturcara akan memaparkan senarai operasi matematik sebagai rujukan pengguna.
Aturcara akan meminta pengguna memasukkan input Boolean Y atau T untuk membuat meneruskan?
Contoh arahan, 'Mahu teruskan?' dan pengguna akan memasukkan jawapan sama ada Y untuk Ya atau T untuk Tidak.
Sekiranya input adalah Y, gunakan gelung While untuk menguji syarat input.
Aturcara akan meminta pengguna membuat pilihan jenis operasi dengan menaip 1 untuk TAMBAH, 2 untuk TOLAK, 3 untuk DARAB dan 4 untuk BAHAGI.

Berdasarkan pilihan pengguna, minta pengguna masukkan input nomborpertama dan nomborkedua.
Aturcara akan melaksanakan operasi yang dipilih terhadap kedua-dua  nombor yang dimasukkan itu dan memaparkan jawapan.

Seterusnya aturcara akan bertanya kepada pengguna sama ada untuk meneruskan atau tidak?

Akhirnya, aturcara akan memaparkan juga bilangan operasi yang dilakukan.

Paparan output di bawah boleh digunakan sebagai rujukan.

a)   Tuliskan kod pseudo bagi aturcara di atas. [5 markah]
b)   Lukiskan carta alir bagi aturcara di atas. [5markah]

c)   Tuliskan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. [10 markah]



8 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu..boleh tak saya dapatkn emel cikgu..

    ReplyDelete
  2. Assalam cikgu macam mana kita nk hasilkan satu atur cara python tajuk nya dia suruh pengguna pilih unit metrik yg hendak ditukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. untuk coding, mungkin boleh rujuk/search di post
      ASK T2 PROJEK ASK AKHIR TAHUN TING2 2018
      Moga dapat membantu.. Masih banyak penambahbaikan yang perlu. Saya masih baru dalam pengaturcaraan Python..

      Delete
    2. salam cikgu.boleh tak cikgu tunjukkan coding bagi soalan 5?

      Delete
  3. ada contoh jawapan kod arahan phyton utk setiap soalan di atas? tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk/search di post ASK T2 PROJEK ASK AKHIR TAHUN TING2 2018.

      Delete
  4. Hi,

    I can't find the answer even after searching on your blog. Can you please provide a sample answer so i could refer to? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. you can refer to this post.

      ASK T2 : PROJEK ASK AKHIR TAHUN TING. 2 2018

      Delete

Featured post

Handwritten note... ASK T1 HTML

 

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design