3.1 PERSEKITARAN
KOD ARAHAN
©
Kod
Arahan = satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan
komputer melaksanakan sesuatu tugas.
©
Satu set kod arahan = segmen kod
©
Kod arahan ditulis oleh pengaturcara menggunakan
bahasa pengaturcaraan komputer seperti Scratch, HTML, C, Java, Python dan
lain-lain.
©
Persekitaran kod arahan = persediaan peralatan
dan perisisan yang diperlukan untuk menulis kod arahan.
©
Persekitaran kod arahan merujuk kepada perkakasan, sambungan
internet, pelayar web dan perisian aplikasi yang diperlukan untuk pembangunan
aturcara.
©
Kod arahan perlu diterjemahkan ke bahasa mesin
sebelum dilaksanakan.
©
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai
penterjemah tersendiri.
©
Terdapat 3 jenis penterjemah: Penghimpun,
Pengkompil dan Pentafsir.
3.1.1 Jenis data dalam segmen kod
©
Jenis data digunakan semasa pengisytiharan suatu
pembolehubah untuk membenarkan aturcara mengenalpasti kegunaan pembolehubah
tersebut dalam storan ingatan dengan berkesan.
©
Jenis data ini dikelaskan kepada 3 bahagian
utama : nombor, teks dan nilai logik.
i) nombor = nilai berangka yang terdiri
daripada nombor bulat dan nombor perpuluhan.
ii)teks
= seperti satu aksara atau satu rentetan aksara.
iii)logik = mempunyai 2 keadaan sahaja
iaitu “Benar” dan “Palsu”
©
Jenis data: integer, double/float, boolean,
char, string.
i) integer = nombor yang tidak mempunyai
bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan. Integer juga dikenali
sebagai nombor bulat. Integer terdiri daripada nombor positif, sifar dan nombor
negatif.
ii) Double = nombor yang mengandungi
bahagian pecahan, iaitu nombor mempunyai titik perpuluhan.
Python tidak menyokong double tetapi
menggunakan jenis data float.
Perbezaan antara double dan float ialah
double menggunakan memori sebanyak 64 bit manakala float menggunakan 32 bit.
Fungsi round() digunakan untuk membundarkan
nilai float kepada bilangan tempat perpuluhan yang dikehendaki.
iii) Char = jenis data yang digunakan
untuk mewakili aksara (character).
Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka
dan simbol.
Bahasa pengaturcaraan Python tidak
menyokong jenis data char, tetapi menyokong string.
String = satu perkataan yang dibina
daripada aksara.
String terdiri daripada urutan
aksara-aksara yang berjujukan yang membentuk satu rentetan(string).
Nilai string perlu diletakkan simbol (‘……’)
atau (“…..”).
Ruang kosong dalam stau string juga dikira
sebagai satu aksara.
Simbol , menggabungkan dua string dengan
satu ruang kosong.
Simbol + menggabungkan dua string tanpa
sebarang ruang kosong
Simbol * mengulang string dengan bilangan
yang dinyatakan.
iv) Boolean =mempunyai hanya 2 nilai “True”
atau “False”
Dua nilai ini digelar nilai logik 1 dan 0.
(1=Benar, 0= Palsu)
0 comments:
Post a Comment