Pangkalan data antara pelbagai organisasi adalah berbeza disebabkan setiap organisasi mempunyai entiti-entiti dan atribut-atribut yang berlainan. Komponen pangkalan data terdiri daripada entiti dan atribut.
Definisi :
ENTITI - satu kumpulan objek yang sama jenis
ATRIBUT- sifat yang menerangkan ciri-ciri entiti
ENTITI
bersifat unik
wujud dalam persekitaran di mana pangkalan data berada
Contoh entiti : orang, tempat atau benda
mempunyai data mengenainya yang boleh dikutip dan disimpan.
diwakili oleh simbol segi empat dalam gambar rajah perhubungan entiti
ATRIBUT
menerangkan ciri-ciri entiti
mempunyai salah satu atau lebih ciri
merupakan lajur dalam jadual pangkalan data
diwakili oleh bentuk bulatan bujur dalam gambar rajah perhubungan entiti
Dalam pangkalan data, setiap entiti diwakili oleh satu jadual, juga disebut jadual hubungan.
Jadual hubungan terdiri daripada beberapa lajur (medan) yang mewakili atribut.
Setiap baris dalam entiti mewakili rekod.
Satu rekod mewakili data bagi setiap atribut yang ada dalam entiti.