4.1.7 Penggunaan Pernyataan SQL
- Arahan SQL digunakan untuk mencapai data yang disimpan dalam pangkalan data.
- SQL ada sintaks tertentu yang perlu dipatuhi.
- Sintaks - set peraturan yang menetapkan set perintah yang digunakan dan cara-cara menulis perintah dalam bentuk ayat agar boleh difahami dan dilaksanakan oleh perisian pangkalan data (DBMS).
Pernyataan SQL
|
Sintaks Umum
|
SELECT
| SELECT atribut1, atribut2, ......., atribut-N FROM nama_jadual; |
SELECT.....FROM
| SELECT ID_Pekerja, Nama, Jantina FROM PEKERJA; |
SELECT * FROM
| SELECT * FROM PEKERJA; |
SELECT.....FROM....WHERE
| SELECT atribut1, atribut2, .... atribut-N FROM nama_jadual WHERE kriteria@syarat; Contoh: SELECT ID_Buku. Tajuk, Pengarang, Penerbit FROM BUKU WHERE Penerbit="DBP"; |
SELECT.....ORDER BY
| SELECT atribut1, atribut2, ... atribut-N FROM nama_jadual WHERE kriteria @ syarat ORDER BY atribut ASC/DESC; SELECT ID_Pesakit, Nama_Pesakit, Wad FROM PESAKIT WHERE Jantina="Lelaki" ORDER BY Nama_Pesakit ASC; |
Nota tambahan:
- Arahan/Pernyataan SQL adalah case insensitive, maka boleh ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil, maka SELECT = select = Select = SeLEcT
- Baris akhir sintaks SQL tidak semestinya berakhir dengan simbol semikolon (;) tetapi ianya merupakan amalan pengaturcaraan yang baik untuk dipraktikkan.
- Penulisan kriteria @ syarat selepas pernyataan WHERE perlu menggunakan simbol pembuka dan penutup kata (" "). Jika tidak, akan berlaku ralat sintaks.