#Nota rujukan dari internet..Terima kasih kepada pemilik yang berkongsi nota ini.
Ref: https://www.scribd.com/document/337923466/Sains-Komputer-T4-Pemboleh-Ubah-Pemalar-Dan-Jenis-Data#
1.3 PEMBOLEH UBAH,
PEMALAR, JENIS DATA DAN OPERATOR
1.3.1 Jenis
Data
Dalam pengaturcaraan berasaskan objek seperti Java, terdapat
dua jenis data :
• data
jenis primitif
• data
jenis bukan primitif
DATA JENIS PRIMITIF
Java
boleh menyokong beberapa jenis data primitif. Jenis data primitif adalah data
yang telah ditakrifkan dalam suatu bahasa pengaturcaraan dan dinamakan sebagai
kata simpanan.
1. Integer
(int) – nombor bulat tanpa perpuluhan:
• Jenis
data int menggunakan 4 bait ingatan
• Nilai
minimumnya ialah - 2,147,483,648
• Nilai
maksimumnya ialah 2,147,483,647
• Lazimnya
int digunakan sebagai jenis data
lalai.(default value).
• Nilai
lalai ialah 0.
Contoh 1:
int markah;
Contoh 2:
int bilMurid = 50;
int suhu
= - 5;
2. Double – nombor
perpuluhan:
• Jenis data double menggunakan 8 bait ingatan.
• Nilai lalai ialah
0.0
Contoh 1:
double berat;
Contoh 2:
double berat = 54.5;
3.
Boolean – nilai true dan
false.
• Jenis data boolean
ialah satu bit.
• Jenis data ini
digunakan sebagai flag untuk mengesan
syarat benar/palsu.
• Nilai lalai ialah false.
Contoh 1:
boolean statusPerkahwinan;
Contoh 2:
boolean statusPerkahwinan = true;
4. Character (char) – aksara:
• Jenis data char menggunakan 2 bait ingatan.
Contoh 1:
char abjad;
Contoh 2:
char abjad = 'F' ;
DATA
JENIS BUKAN PRIMITIF
1.
String – mewakili gabungan aksara.
Contoh
1:
String nama; //
tidak diterima oleh compiler
sepatutnya
String
nama = “ “; //perlu diletakkan nilai
awalan
Contoh 2 :
String
nama = “Fairy”;
1.3.2 Pemboleh
ubah
Nilai
pembolehubah berubah-ubah sepanjang pelaksanaan atur cara. Mengikut amalan
pengaturcaraan yang baik pembolehubah bermula dengan huruf kecil dan jika
terdapat dua perkataan atau lebih awalan perkataan seterusnya menggunakan huruf
besar. (Camel Case)
Contoh Pengisytiharan
Pembolehubah:
int panjang,lebar,luas;
double gajiBapa;
char aks = 'a';
boolean sudahBayarYuran;
1.3.3 Pemalar
Nilai pemalar
adalah kekal sepanjang pelaksanaan atur cara. Pemalar digunakan untuk nilai yang sama
digunakan berulang kali dalam satu pengaturcaraan. Pemalar diisytiharkan
menggunakan arahan final. Setelah diisytiharkan, nilai final tidak boleh
diubah lagi. Mengikut amalan pengaturcaraan yang baik pemalar menggunakan semua
huruf besar.
Contoh:
final double PI = 3.1415;
final int SAIZ = 100;
final int DISKAUN = 10;
1.3.4 Operator
Operator
digunakan untuk memanipulasikan pemboleh ubah. Operator dalam bahasa Java:
Operator Aritmetik
Operator Perbandingan
Operator Logikal
Operator Umpukan
Operator Aritmetik
Operator
aritmetik digunakan dalam ungkapan matematik seperti dalam algebra. Anggap
pemboleh ubah integer A menyimpan nilai 10 dan pemboleh ubah B menyimpan nilai
20.
Operator Aritmetik
|
Ungkapan aritmetik
|
Nilai
|
Nama
|
Simbol
|
Tambah
|
+
|
A + B
|
30
|
Tolak
|
-
|
A - B
|
-10
|
Darab
|
*
|
A * B
|
200
|
Bahagi
|
/
|
B / A
|
2
|
Modulus
|
%
|
B % A
|
0
|
Tokok (Increment)
|
++
|
B++
|
21
|
Susut (Decrement)
|
--
|
B--
|
19
|
Operator Umpukan
(Assignment Operator)
Operator
umpukan yang disokong oleh bahasa Java adalah seperti berikut:
Operator Umpukan
|
Ungkapan
|
Huraian
|
Nama
|
Simbol
|
simple
|
=
|
C = A + B
|
A + B → C
|
tambah DAN
|
+=
|
C += A
|
C + A → C
|
Tolak DAN
|
-=
|
C -= A
|
C - A → C
|
Darab DAN
|
*=
|
C *= A
|
C * A → C
|
Bahagi DAN
|
/=
|
C /= A
|
C / A → C
|
Modulus DAN
|
%=
|
C %= A
|
C % A → C
|
Pernyataan Umpukan
Dan Pernyataan Aritmetik
Dalam pernyataan umpukan, ungkapan wujud di sebelah kanan
simbol umpukan. Formatnya ialah:
<pemboleh
ubah> = <ungkapan>;
Contoh pernyataan umpukan:
luas = 3.142 * jejari ^ 2;
gajiBersih = gajiKasar + gajiLebihMasa – potongan;
purata = (nombor1 + nombor2 + nombor3) / 3;
baki = nombor1 % 6;
INPUT DAN OUTPUT
Input
dan output boleh dilakukan melalui beberapa peranti input dan output. Dua aliran objek standard tersebut ialah:
i. System.in //Membolehkan atur cara menerima
input dari papan kekunci.
ii. System.out //Membolehkan atur
cara memaparkan output ke skrin.
Class
system boleh digunakan tanpa menggunakan kenyataan import kerana Class ini merupakan
class asas dan telah diimport secara automatik setiap kali memulakan program
Java.
Untuk
memasukkan input daripada papan kekunci kita perlu menggunakan class Scanner.
Untuk membolehkan class Scanner digunakan kenyataan import perlu digunakan.
Contoh:
import java.util.Scanner;
public class PaparNama {
public static void main (String[ ]
args) {
Scanner
input = new Scanner(System.in);
System.out.println(“Masukkan
nama anda:”);
String nama = input.nextLine();
System.out.println(“Nama
anda ialah :”+nama);
}
}
Jenis Data
|
Contoh
|
Integer
|
int bilPelajar =
input.nextInt();
|
Double
|
double yuranPibg =
input.nextDouble();
|
String – terima satu perkataan
|
String nama = input.next()
|
String – terima satu baris
perkataan
|
String nama = input.nextLine()
|
System
dan Scanner merupakan dua contoh Class. Class tersebut mengandungi fungsi
(method) asas iaitu menerima input dan memaparkan output. Contoh fungsi
(method) ialah println(),nextInt(),nextDouble() dan banyak lagi.