Sunday 15 September 2019

SK T5: Cascading Style Sheet(CSS)

Bab 3: PENGATURCARAAN BERASASKAN WEB

ms298

3.3.4 Menggunakan Cascading Style Sheet (CSS) untuk menggayakan Text, Font, Backgroud, Table, Borders dan Position 

CSS

  • salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML.
  • membenarkan perubahan kepada gaya laman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML.

3 Cara penulisan CSS dalam aturcara HTML

External Style Sheet
  • Tag gaya ditulis dan disimpan dalam satu fail dan fail itu mesti mempunyai extension CSS (*.css).
  • Seterusnya, fail css ini akan dipanggil melalui tag HTML seperti berikut
          <link rel="stylesheet" type="text/css" href="style1.css">

  • Kelebihan External Style Sheet:
  1. boleh mengawal beberapa dokumen sekaligus
  2. boleh membina kelas untuk style yang boleh digunakan pada elemen HTML yang berbeza
  3. boleh mengumpulkan style dengan mudah untuk dijadikan lebih efisien.



Internal Style Sheet

  • Tag gaya boleh ditulis sama ada dalam kawasan <head> atau <body>.
  • boleh menulis tag gaya dalam kedua-dua kawasan tersebut
  • Kelebihan Internal Style Sheet:
  1. hanya memberi kesan pada laman yang dpaparkan sahaja
  2. boleh menggunakan kelas dan ID
  3. tidak perlu memuatnaik fail yang banyak

Inline Style
  • Tag gaya ditulis pada bahagian/elemen tag
  • Contohnya kita hendak menukar warna pada suatu kepada <h1>. Oleh itu, tag gaya perlu ditulis dalam tag <h1> seperti berikut:
<h1 style="color: blue;"> Laman Web Sekolah</h1>



0 comments:

Post a Comment

Featured post

SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.

Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...

 

SAINS KOMPUTER & ASAS SAINS KOMPUTER Template by Ipietoon Cute Blog Design