Thursday, 1 November 2018
ASK T1 Kod HTML mudah untuk panduan..
Wednesday, 31 October 2018
ASK T2 BAB 3 KOD ARAHAN 3.2
- aliran secara sehala mengikut urutan linear.
- sk yang paling mudah difahami
- melaksanakan arahan baris demi baris mengikut urutan satu aliran sahaja dari atas ke bawah.
- Pilihan Tunggal (Kenyataan if ..... mempunyai satu cabang pilihan)
- Dwipilihan (Kenyataan if-else ..... mempunyai 2 cabang pilihan)
- Pelbagai Pilihan (kenyataan if-elif-else ......mempunyai lebih dari 2 cabang pilihan)
- terdiri daripada beberapa struktur pilihan yang terbenam bersama.
- sk pilihan berada di dalam suatu sk yang lain.
SK Ulangan penting supaya kod yang ditulis tidak panjang dan memakan ruang storan.
https://www.youtube.com/watch?v=ne9WSAbgRak
ASK T2 BAB 3 KOD ARAHAN 3.1
masalah.
Kod Arahan = satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas.
Satu set kod arahan = segmen kod
Kod arahan ditulis oleh pengaturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer seperti Scratch, HTML, C, Java, Python dan lain-lain.
Persekitaran kod arahan = persediaan peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan.
Persekitaran kod arahan merujuk kepada perkakasan, sambungan internet, pelayar web dan perisian aplikasi yang diperlukan untuk pembangunan aturcara.
Kod arahan perlu diterjemahkan ke bahasa mesin sebelum dilaksanakan.
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri.
Terdapat 3 jenis penterjemah: Penghimpun, Pengkompil dan Pentafsir.
Jenis data digunakan semasa pengisytiharan suatu pembolehubah untuk membenarkan aturcara mengenalpasti kegunaan pembolehubah tersebut dalam storan ingatan dengan berkesan.
Jenis data ini dikelaskan kepada 3 bahagian utama : nombor, teks dan nilai logik.
Jenis data: integer, double/float, boolean, char, string.
Pembolehubah
Pembolehubah - storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh aturcara.
Pembolehubah digunakan untuk mewakili data yang perlu digunakan berulangkali oleh aturcara.
Pembolehubah yang diiisytiharkan perlu diberi satu label (pengecam) yang sesuai dan disertakan dengan nilai.
Semasa pembolehubah diisytiharkan, ruang ingatan dalam komputer disediakan berdasarkan jenis data yang diberi kepada pembolehubah.
Contoh pengisytiharan pembolehubah:
- nama pembolehubah hanya boleh mengandungi aksara (a hingga z atau A hingga Z) dan digit (0 hingga 9)
- nama pembolehubah harus menggambarkan nilai yang dipegang oleh pembolehubah tersebut.
- nama bagi pembolehubah TIDAK BOLEH dimulakan dengan nombor
- nama bagi pembolehubah TIDAK BOLEH ada ruang kosong
Nilainya tidak akan berubah sepanjang perlaksanaan aturcara.
Perbezaan pembolebubah dan pemalar:
Pembolehubah | Pemalar |
---|---|
Nilainya boleh berubah-ubah | Nilainya adalah tetap dan tidak akan berubah |
Pengaturcara perlu mengingat label dan nilai yang digunakan |
Pengaturcara tidak perlu mengingat label dan nilai yang digunakan. |
3 jenis operator
- Operator Perbandingan
- Operator Logik
- Operator Matematik
3.1.3 Menghasilkan segmen kod menggunakan fungsi input dan fungsi output
- maklumat yang dimasukkan oleh pengguna melalui papan kekunci, klik tetikus, pangkalan data, skrin sentuh, gerakan atau internet.
- untuk mendapatkan data input daripada pengguna, biasanya menggunakan papan kekunci
- Apabila sintak input() dibaca, aturcara akan menunggu input daripada pengguna.
- maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer
- maklumat yang dipaparkan adalah hasil daripada proses yang dilakukan oleh segmen kod.
- Apabila sintak print() dibaca, aturcara akan memaparkan teks yang berada dalam tanda ("").
3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod dalam penyelesaian masalah
Ralat - kesilapan atau kesalahan dalam pembangunan aturcara atau segmen kod.
Ada 3 jenis ralat:
- ralat sintaks - disebabkan kesilapan ejaan atau kesilapan peraturan bahasa pengaturcaraan
- ralat masa larian - segmen kod aturcara berhenti secara tiba-tiba disebabkan yang berikut : pembahagian dengan sifar, penambahan pembolehubah yang berlainan jenis data, tidak mentakrifkan pembolehubah, fungsi, modul atau objek sebelum digunakan, mengakses fail yang tidak wujud.
- ralat logik - disebabkan kecuaian pengaturcara seperti kesalahan menggunakan operator. Ralat logik tidak mengganggu perlaksanaan segmen kod tetapi akan mengeluarkan output yang salah.
Ulangkaji Bab 3 Tingkatan 4 Pangkalan Data
-menjelaskan hubungan antara atribut-atribut dalam pangkalan data berdasarkan entiti-entiti.
Table / Jadual
-digunakan untuk menyimpan data dalam pangkalan data
Jenis data
-teks
-nombor
-date/time
-currency
-autonumber
Makro
-memudahkan automasi pangkalan data dan interaksi dengan pengguna.
Switchboard
-sebagai antaramuka bagi MsAccess
-memudahkan tugas pengguna mencari dan melaksanakan tugasan untuk borang dan laporan
8 Aktiviti Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
-Bina Pangkalan Data
..Bina jadual
..Isi Jadual
..Wujudkan hubungan(relationship)
..Bina dan Isi borang (form)
..Sunting Rekod
..Bina Query
..Bina Laporan (report)
Wednesday, 24 October 2018
Hubungkan Borang Pendaftaran HTML ke Pangkalan Data MySQL PHP
Credit to Youtube# @ this address: https://www.youtube.com/watch?v=qm4Eih_2p-M&vl=en
Tqvm
Sunday, 21 October 2018
SK T4 Pernormalan Pangkalan Data
Di sini saya mohon keizinan tuan empunya blog untuk saya letakkan link tentang tajuk Pernormalan Pangkalan Data untuk bacaan dan rujukan.
1. Pernormalan 1
2. Blog Cikgufariddiah..
Rujukan lain tentang PERNORMALAN dan ANOMALI:
APAKAH
PERNORMALAN?
Ini adalah proses mengurangkan pertindihan/pengulangan data dalam jadual dan meningkatkan integriti data serta menghapuskan anomali.
Tanpa Pernormalan, kita mungkin menghadapi banyak masalah seperti:
- ·
Meningkatkan
penyimpanan data (membazir ruang simpanan komputer)
- ·
Masalah
anomali sisipan, anomali kemaskini dan anomali hapusan.
Anomali sisipan:
Berlaku
apabila kita tidak dapat memasukkan data ke jadual tanpa adanya atribut lain
Kemas kini anomali:
Data menjadi tidak konsisten
disebabkan oleh pertindihan data dan kemas kini menjadi tidak menyeluruh. (Kita
mungkin mengemaskini sebahagian data sahaja, tetapi data yang sama di lokasi
yang lain tidak dikemaskini.)
* Data yang sama, mungkin ada dalam beberapa baris.
Sebagai contoh jika nombor pejabat berubah, maka banyak kemas kini yang perlu dibuat.
Sekiranya kita tidak mengemas kini semua baris, maka data menjadi tidak konsisten.
Penghapusan Anomali:
Ia
berlaku apabila atribut tertentu terhapus/ terpadam/ hilang kerana kita penghapusan
atribut lain.
Secara ringkas, pernormalan adalah
proses menyusunatur data dalam pangkalan data.
Biasanya memecahkan jadual besar menjadi jadual-jadual yang lebih kecil, adalah lebih efisien.
Pada tahun 1970 Bentuk Normal Pertama ditakrifkan oleh Edgar F Codd dan akhirnya, Bentuk Normal lain ditakrifkan.
*************************************************************************
Pernormalan adalah pendekatan untuk reka bentuk pangkalan data yang digunakan dalam pangkalan data hubungan untuk meminimumkan pertindihan/pengulangan data (data redundancy).
Bentuk normal pertama
(1NF)
Jadual
dalam pangkalan data hubungan adalah mematuhi bentuk normal pertama (1NF)
apabila memenuhi kriteria berikut:
- · Semua data adalah atomik
- ·
Semua lajur jadual mengandungi nilai
Dengan kata mudah, satu sel tidak boleh
menyimpan banyak nilai.
Bentuk
normal kedua (2NF)
Jadual yang sesuai dengan bentuk normal kedua
mesti memenuhi semua syarat bentuk normal pertama selain yang berikut:
- ·
Setiap
atribut bukan kunci mesti bergantung fungsi sepenuhnya pada kunci primer. (Each
non-key attribute must be fully functional, dependent on the primary key)
Bentuk
normal ketiga (3NF)
Sekiranya jadual hendak ditukar ke bentuk
normal ketiga, semua prasyarat normal pertama dan kedua mesti dipenuhi serta
yang berikut:
- ·
Tidak
ada atribut bukan kunci yang bergantung pada atribut bukan kunci lain
Pergantungan transitif berlaku apabila atribut
bukan kunci bergantung pada atribut bukan kunci yang lain.
Mari kita
ringkaskan…
1NF - Maklumat disimpan dalam jadual hubungan
dengan setiap lajur mengandungi nilai atomik. Tidak ada kumpulan lajur yang
berulang.
2NF - Jadual dalam bentuk normal pertama dan
semua lajur bergantung pada kunci primer jadual.
3NF - jadual dalam bentuk normal kedua dan tidak ada atribut bukan kunci yang bergantung pada atribut bukan kunci lain
Featured post
SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.
Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...