ENGLISH LITERATURE FORM 5
Wednesday, 31 July 2019
ASK T2 : PROJEK ASK AKHIR TAHUN TING. 2 2018
Berikut adalah contoh soalan projek akhir tahun ASK 2018 yang saya berikan kepada murid-murid ASK Tingkatan 2 sebagai tugasan projek akhir tahun yang membawa 10 markah. Ini sebagai persediaan untuk mereka melaksanakan kerja projek tingkatan 3 pada tahun berikutnya.
Murid-murid diminta membangunkan aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan Python.
Terdapat 7 koleksi soalan yang sempat difikirkan.
Animated Python Logo Image courtesy of : https://giphy.com/explore/programming-language
ASK T3 : BAB 4 :NOTA 4.1PANGKALAN DATA DAN SQL
Nota (buku teks ms 114)
4.1.1 PANGKALAN DATA DAN SQL
10. Pangkalan Data menyatupadukan koleksi data di dalamnya untuk memudahkan simpanan,
4.1.1 PANGKALAN DATA DAN SQL
1. DATA –
fakta mentah yang belum diproses dan tidak memberi nilai/tidak bermakna kepada pengguna.
2. Data
penting untuk:
·
membuat keputusan.
·
Menyelesaikan masalah
3. MAKLUMAT –
data yang telah diproses dan lebih bermakna kepada pengguna.
4. Maklumat
terhasil daripada pengumpulan, pemprosesan
dan penganalisisan data yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.
5. PANGKALAN DATA – tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi system maklumat
berasaskan computer.
6. Pangkalan Data juga adalah koleksi data yang saling
berhubung antara satu sama lain yang
disimpan berasaskan computer.
7. Pangkalan data:
- · Memudahkan maklumat disimpan (store)
- · Dicapai (access) dan
- · Dikemaskini (update)
8. Pengurusan Data terbahagi kpd 2 cara:
- · Sistem Fail – 2 jenis (system fail manual, system fail elektronik)
- · Sistem Pangkalan Data
9. Ciri-ciri system fail
manual dan system fail elektronik:
Sistem
Fail Manual
|
Sistem
Fail Elektronik
|
Data disimpan dalam fail kertas
|
Data disimpan dlm computer
|
Fail kertas disimpan dlm cabinet
|
Data direkod dalam fail computer
|
Capaian data mengambil masa yang lama
|
Capaian data mengambil masa yang singkat
|
Rekod sukar diubah
|
Rekod senang diubah
|
Perlu Ruang besar untuk simpan fail
|
Data disimpan dalam peranti storan computer seperti hard disk, CD
|
10. Pangkalan Data menyatupadukan koleksi data di dalamnya untuk memudahkan simpanan,
pemprosesan, capaian dan keselamatan data.
11. Kebaikan pangkalan data:
12. Contoh sistem pangkalan data:
13. Evolusi sistem fail kepada sistem pangkalan data.
11. Kebaikan pangkalan data:
- mudahkan capaian, pengurusan dan kemaskini data
- elakkan pengulangan data
- menjaga integriti data
- menjaga keselamatan data
12. Contoh sistem pangkalan data:
- Pangkalan Data Murid : http://apdm.moe.gov.my
- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah : https://sapsnkra.moe.gov.my
- Maybank2u : maybank2u.com.my
- Airasia Booking Ticket : airasia.com.my
13. Evolusi sistem fail kepada sistem pangkalan data.
Sistem Fail
|
Sistem Pangkalan Data
|
Capaian data tidak boleh dilakukan serentak dan lambat
|
Capaian data boleh dilakukan oleh banyak pihak secara serentak dan cepat.
|
Keselamatan data tidak terjamin
|
Keselamatan data lebih terjamin dengan penggunaan katalaluan dan data back up yang mantap.
|
Berlaku pengulangan data
| Pengulangan data dapat dielakkan |
Data sukar dikongsi (Perkongsian data adalah terhad)
|
Data boleh dikongsi dengan semua pihak secara efisien.
|
Apakah SQL (Structured Query Language)?
- Capaian data dan maklumat dalam pangkalan data dilakukan melalui bahasa pengaturcaraan seperti Structured Query Language (SQL).
- SQL - bahasa pengaturcaraan aras tinggi generasi keempat yang ringkas dan mudah untuk dibaca .
- SQL digunakan untuk menyimpan, memanipulasi (tambah/add, hapus/padam, kemaskini/update) dan mendapatkan data dari pangkalan data.
- SQL digunakan meluas dalam aplikasi melibatkan penggunaan pangkalan data.
- Antara penyataan SQL yang akan dipelajari ialah SELECT...FROM, SELECT...WHERE dan SELECT.. ORDER BY.
Link Youtube yang boleh dirujuk:
Monday, 15 July 2019
Segmen Kod Python Memapar Tarikh dan Masa.
Pengaturcaraan Python untuk memaparkan tarikh dan masa.
Copy dan paste segmen kod ini ke dalam aturcara anda.
import datetime
now = datetime.datetime.now()
print ("Tarikh / Masa :",(now.strftime("%d-%m-%Y %H:%M:%S")))
Copy dan paste segmen kod ini ke dalam aturcara anda.
import datetime
now = datetime.datetime.now()
print ("Tarikh / Masa :",(now.strftime("%d-%m-%Y %H:%M:%S")))
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured post
SK T5 : Perkaitan HTML, CSS, Javascript, JAVA dan PHP dan kenapa HTML dianggap superior berbanding yang lain.
Pernahkan anda tertanya-tanya.......... Kenapa HTML dianggap superior dan sebagai tapak asas kepada bahasa pengaturcaraan lain seperti CSS, ...