3.1.1 Keperluan Interaksi antara Manusia dengan Komputer
Interaksi antara manusia dengan komputer..........
- merupakan proses, dialog atau kegiatan yang dilakukan oleh manusia untuk berinteraksi dengan komputer.
- perlu bersifat jelas, intuitif dan semula jadi supaya sesuai digunakan oleh pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat
Sebab-sebab kenapa perlu interaksi antara manusia dengan komputer:
1. Mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran - pengguna memerlukan produk yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, selamat, berguna dan berfungsi dlm jangka masa panjang, membantu dan menyeronokkan pengguna.
2. Meningkatkan produktiviti - berkeupayaan menghasilkan output dari set input yang diberikan dengan cepat dengan menggunakan sumber pekerja, teknologi dan sistem secara optimum dan menukar input kepada output yang berguna.
3. Mengurangkan kos selepas jualan - jika produk tidak berfungsi dengan sempurna, pengguna akan menghantar produk untuk dibaiki. Ini meningkatkan kos lepas jualan.
4. Mengurangkan kos pembangunan - Elakkan ciri-ciri yang tidak disukai oleh pengguna dan produk yang tidak cekap supaya kos pembangunan dapat dijimatkan.
5. Mengembangkan aktiviti dan menambah pengalaman manusia - insfrastruktur teknologi bagi satu kawasan baru akan memberi peluang manusia mengembangkan aktiviti dan menambah pengalaman.
6. Pengkomputeran Sosial - Perkembangan laman sosial mewujudkan peluang komunikasi dan hubungan sosial antara manusia. Manusia tidak akan berinteraksi dengan mesin atau komputer sahaja, malahan berinteraksi dengan manusia juga.
3.1.2 Menilai Produk Interaktif berdasarkan Tujuan dan Prinsip Asas reka Bentuk Interaktif
Setiap produk yang dibangunkan perlu dinilai supaya produk itu dapat memberi kepuasan kepada pengguna.
Antara kaedah yang boleh digunakan utk menilai sesuatu produk interaktif ialah:

- kaedah temubual
- pemerhatian
- soal selidik
- perbincangan ahli kumpulan
- refleksi
Untuk lebih memahami tajuk ini, boleh ke link youtube yang disediakan oleh Cikgu NoorShamieza Boustamam:
Terima kasih. Saya kongsikan di sini ya cikgu.
0 comments:
Post a Comment